Petua Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sungguh tak sangka daun kering pun ada kegunaannya. Berbudi pada tanah sememangnya tiada ruginya. Apatah lagi bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri.Berkebun juga kan satu senaman untuk keluarkan peluh. Badan pun boleh bertambah sihat.Namun begitu, bukan semua hasil semaian berkebun membuahkan hasil yang diharapkan ada yang langsung tidak berputik mahupun berbunga meski pelbagai cara telah digunakan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Melalui perkongsian Aisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun, beliau berkongsi petua yang cukup mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun.Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.

“Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah.. Sepanjang setahun lebih ni ade sekali letak baja masa awal-awal ditanam…selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni,baru teringat 1 petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izinNya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

20 Feb 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluarkan bunga.

15 Mac 2017- Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya:

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Bagi pokok bunga kantan sesuai juga letak daun rumput kering.

Selamat Mencuba!

Sumber:Aisyah Othaman

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mingguan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *