Ya Allah, Permudahkan Kerja Ustaz Ebit Lew. Sebak Seorang Pemuda Memeluk Islam, Hidayah Milik Allah SWT, Siapakah kita Untuk Mengsangsikannya.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Stanley 22 tahun masuk Islam… Balik dari tv al hijrah tadi untuk program ‘a bit with ebit’ terus jumpa seorang anak muda. 6petang tadi di one utama berbual dengan Stanley nak berbual pasal Islam dan akhirnya ucap syahadah. Sebak jer rasa. Sampai jer one utama dia peluk saya menangis. Beliau teringin sangat nak masuk Islam..

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Matanya asyik bergenang. Katanya beban yang ditanggung selama ini telah hilang. Ringan kepala rasa..bahagia hati.. Pernah cuba dekati Islam. Tapi hati rasa berat masa tu. Kini saya betul-betul nak rasa dekat dengan Allah.. Saya selalu tengok ustaz jumpa anak muda bukit bintang. Klcc dan beri orang makan. Dia hari-hari tengok video saya.

Terima kaseh Allah. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.. Esok 8pagi saya dan kawan-kawan akan bantu daftarkan dan carikan tempat belajar Islam. Ya Allah sebak dengar keazamannya ingin belajar Islam. -ebitlew

Siapa Ebit Lew?

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

hebat Allah kurnia hidayah pada Ustz Ebit Lew

VIDEO:

seorang anak muda yatim tapi kuat berdakwah

Biodata Ustaz Ebit Lew
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 33 Tahun (2017)

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin

Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Pencapaian :

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.

Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.

Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.

Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.
Sumber : IG ebitlew via mukminsolution via Islamik Info

Add Comment