Biarpun Berbadan Gempal, Pakai Baju Terbalik, Dan Pernah Disuruh Kurus Supaya Laki Tak Cari Lain Tapi Abang Kacak Tetap Sayang

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bila memperkatakan soal jodoh, sememangnya itu rahsia Allah. Setiap insan sudah tertulis jodoh di luh mahfuz.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

SEKUAT mana kita setia, SEHEBAT mana kita merancang, SELAMA mana kita menunggu, SEKERAS mana kita bersabar, SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita, SELAMA mana kita bertahan bersamanya, Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya.

Maka cintailah orang sewajarnya kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH.

Cinta juga tidak mengenal paras rupa dan tidak kenal siapa. Cantik itu subjektif. Mungkin kita tidak cantik pada mata orang lain, tetapi cantik pada orang yang kita cintai.

Perkongsian Saudari Astiey Nurasiah di akaun Facebooknya menjadi viral. Wanita ini bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang kacak, mukanya mirip penyanyi Shahir. Wajah suaminya yang ‘handsome’ membuatkan orang membandingkan dengan dirinya.

Astiey merasakan dirinya ada kekurangan kerana memiliki berat badan yang berlebihan. Tetapi ikatan cinta mereka tetap utuh kerana suaminya sedikit pun tidak merasakan apa-apa kekurangan pada dirinya. Semuanya cantik dan sempurna di mata suaminya walaupun bertudung senget dan pernah pakai baju terbalik.

Sehinggap kini perkongsian Astiey memperoleh lebih 5 ribu perkongsian di Facebook. Baca perkongsian Astiey di bawah :

Tak eloklah cakap ” Kak As kena kurus nanti suami cari lain “

Hati perasaan ni Allah jaga. Awal-awal dah berprasangka buruk. Allah ikut apa yg kita fikirkan.

Kak As masa kenal suami berat dia 75kg. Semua orang ckp muka dia lg hensem dr shahir. Kak as berat dekat 100kg lebih besar dr Sherry Al Hadad..

Jerawat Kak As penuh kat muka. Hitam. Pakaian plak seluar merah, baju oren tudung hitam. Selekeh. Naik wira buruk..

Masa jumpa beliau Kak As rasa nak patah balik je. Tak sangka mamat mata coklat galak nak kat Kak As..

Bila tanya kenapa Kak As? Yealah. Dia hafiz 30 juzuk. Degree pun quran hadis. Kak As hafal yasin dan al-mulk je..

Ayat dia tak habis2 ulang “perempuan cantik tak bijak macam As “. Maksudnya apa ?? Maksudnya Kak As tak cantik! Hahahhaa.. Kisah plak.

Tapi lepas kawin dia ubah Kak As terus. Dia tak kisah teman Kak As shopping 10jam untuk pilih sehelai baju. Yea lah orang badan besar mana nak jumpa saiz. Dia teman dan sentiasa bagi pendapat..

Dia bukan jenis yang tanya ” cantik tak ? ” dan jawab ” cantik “. Dia akan jawab ” cantik tapi sayang sesuai warna bla bla. Sayang nampak cantik bla bla “

Nampak ? Dia kawin dengan kaunselor tapi dia lebih faham dari kaunselor..

Dia tak kisah takde duit utk barang dia untuk hantar Kak As pergi spa. Jujur cakap beli produk SKII sebulan spend RM1k.

Dia bukan nak Kak As nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap yang mahal mcm Dior, Mars Jacobs dan segala mak nenek yg Kak As pun tak kenal. Tapi tak bagi Kak As guna sangat.

Beli untuk Kak As rasa kepuasan. Padahal Kak As beli yg rm5 dah okey (cheh! Kliche sgt ayat)

Setiap hari ayat dia ” sayang abang cantik dan baik “. Benda tu buat Kak As jalan melangkah dengan percaya walau hari tu baju Kak As terbalik dan tudung senget.. “

Alahai ‘sweet’ sangat kan ? Rata-rata netizen meninggalkan komen-komen yang positif dan mendoakan pasangan ini :

” Moga bahagia till jannah sis… susah nk jmpe org yg boleh terima kte seadanya but u make it sis.. happy for u.. “

” Semoga perkahwinan kalian diberkati Allah sehingga ke akhir hayat. Bahagia tgk org lain bahagia.. “

” Sweetnye…bace pun terase gembira dan sedih sangat…semoga bahagia selame2 nye… Amiin.. “

” Beruntung Kak As… smoga Allah pelihara hubungan Kak As suami isteri, bahagia hingga ke syurga Allah, Kak As.. “

” Ala… Ada lagi ke yang spesies macam ni. Ngapa sy tak jumpeeee lagi. tacing sekejap,mate masuk abok.. “

” Bila kite syg pasangan kerana Allah.. lain rasanye. Sy memahami sis ni. Semoga bahagia sampai syurga sis dan suami.. “

” Alhamdulillah smoga adik sntsa rasa bhagia dpt suami ok yg sngt baik dlm pd itu brhati2lh bl bhgia kt pamerkn mungkin ada yg sakit mata n hati kaum hawa sekarang ramai yg suka menyondol rumahtangga org.. Mohon Allah sntsa pelihara kebahagian adik as n suami… Insyaalah.. Aminnn.. “

Perkongsian saudari Astiey banyak membuka mata kepada orang-orang di luar sana supaya lebih menghargai pasangan masing-masing. Terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita seadanya kerana kita juga ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Kami di Berita Kopak mendoakan Saudari Astiey dan suami bahagia hidup di dunia dan akhirat sampai ke syurga. Pedulikan kata-kata negatif orang lain kerana mereka tidak berada dalam situasi kita dan kita lebih faham dan mengenali pasangan kita bagaimana.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat…

Sumber : FB Astiey Nurasiah by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *