Kakak kerja kerajaan,naik honda jazz. Sampai hati hina aku jual nasi lemak.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah ini dipetik dari facebook, si kakak bermegah dengan pekerjaannya sebagai penjawat awam dan memandang rendah kepada adiknya yang menjual nasi lemak di tepi jalan.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

BACA KISAHNYA:

Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni. Dihinanya Aku Memalukan Keluarga Dan Surun Aku Cari Keja Lain.. Pernah Aku Bawak Nasi Lemak Balik Sidikit Pun Dia X sentuh Sanggup Beli Luar Katanya Tak Ada Selera Jaga Badan.. Hmm Sakit Hati Tapi  Biasa dah dan dia Kakak Aku  jadi Sabar Je la.

Dia kerja setahun Terus Dapat pakai kereta Honda Jazz. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad Sbb Terikat Dengan Keja Makan Gaji. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income RM200 sehari paling minima dan Aku pakai Myvi SE jer pun 2 Pun Guna Angkat Nasi Lemak Sana Sini.  Setelah 2 Tahun berniaga Tepi Jalan Dan mampu Bertahan kerana Tidak Bermewah Belanja .  Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.

Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu- Iklan –

Moralnya jangan pandang rendah dengan pekerjaan orang lain, boleh jadi rezeki yang halal mereka itu lebih berkat daripada gaji kita. Rezeki yang diberkati sentiasa cukup walaupun nampak tak seberapa.

Nota Lagipun rezeki Allah yang beri. Tak kisah pun kerja apa.Janji halal. Kita ni ja yang terlalu memilih kerja dan memandang hina dengan orang-orang yang berniaga di tepi jalan. Hakikatnya ada saja pendapatan mereka itu berlipat kali ganda berbanding yang kerja makan gaji.Tapi mereka jenis tidak menunjuk. Oleh itu berhentilah memandang hina pada orang.

Allah di akhirat nanti tak pandang pun pangkat kita,berapa gaji tu semua. Tapi amalan kita,bagaimana hubungan kita denga Allah dan sesama makhluk.Itu yang penting.Kalau ada rezeki lebih alhamdulillah. Ada nampak adik beradik yang susah, tolonglah. Jangan hina mereka. Boleh jadi apa yang berlaku pada mereka hari ini boleh jadi pada kita pula satu hai nanti. Nikmat Allah kat dunia ini tiada yang kekal. Bila-bila masa ja Allah boleh terbalikkan hidup kita. Masa tu hidung kita yang tinggi,yang sombong  mula la rendah. Barulah tau apa perasaan dihina orang ketika susah.

Oleh yang demikian,bersyukurlah dengan segala nikmat kita dapat kepada Allah. Semoga kisah ini boleh memberi pengajaran buat kita dan saling bantu membantu menghormati sesama insan . Semoga bermanfaat.

Add Comment