8 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Di dalam kesibukan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.

Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr. Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

1 – Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. Hadis Riwayat Ahmad Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Hadis Riwayat Muslim. Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

3 – Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

4 – Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. Hadis Riwayat Bukhari

5 – Lafaz Tasbih

Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. Hadis Riwayat Muslim

Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. Hadis Riwayat Bukhari

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

7 – Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.Hadis Riwayat al-Thabarani

8 – Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Hadis Riwayat Muslim

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!

Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.

Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.

(Sumber: Tazkirah.net oleh Tim Tazkirah)

Amalan yang Mendatangkan Pahala Besar

Amalan amalan yang mendatangkan pahala besar, yang kita kerjakan memang akan mendatangkan pahala, terutama apabila kita menjalankannya dengan rasa ikhlas dan mengharap ridho dari Allah Subhanahu Wata’ala. Dalam agama Islam, setiap amal baik memang akan mendapatkan pahala dan balasan yang setimpal dari Allah apabila amal yang dikerjakan bersifat ikhlas dan hanya mengharapkan ridho dari-Nya.

Ingatlah amalan baik sangat kita butuhkan dalam perhitungan di kehidupan abadi nantinya. Maka dari itu perbanyaklah berbuat baik kepada siapa saja terutama kepada ibu dan bapak, saudara kita, dan semua mahluk di muka bumi ini.

Dari berbagai amalan baik, terdapat beberapa amalan yang memiliki pahala cukup besar apabila dikerjakan dengan ikhlas dan disertai dengan niat yang tulus semata-mata hanya untuk Allah swt. Berikut ini adalah beberapa amalan yang dapat anda kerjakan untuk mendapatkan pahala yang cukup besar. Amalan dalam islam ini tergolong amalan yang sederhana dan ringan namun pahala yang didapatkan InsyaAllah cukup besar apabila kita kerjakan.

Amalan yang Mendatangkan Pahala Besar
Mendoakan orang lain yang baik. Berdoa merupakan kegiatan kita sehari-hari sebagai umat muslim. Berdoa kepada Allah dapat dilakukan kapan saja baik pagi hari, siang hari, sore hari, maupun malam hari tanpa ada batasan. Biasanya, kita akan berdoa ketika selesai shalat baik shalat fardhu maupun sunnah. Berdoa juga memiliki jenisnya seperti berdoa kepada diri sendiri dan berdoa kepada orang lain.

Namun tahukah anda bahwa mendoakan orang lain ternyata akan mendapatkan pahala yang cukup besar? Apabila kita mendoakan orang lain, dan orang lain tersebut berbuat kebaikan maka pahala yang orang lain tersebut dapatkan juga akan didapatkan oleh kita. Namun perlu diperhatikan bahwa ada beberapa larangan dalam mendoakan orang lain seperti mendoakan agar terjadi sesuatu yang buruk, mendoakan kepada orang kafir agar dosanya diampuni oleh Allah, dan juga mendoakan orang lain untuk memutuskan tali silaturahim.

Berdzikir kepada Allah swt. Berdzikir merupakan amalan baik yang tergolong ringan saat dilakukan. Namun ternyata berdzikir ini memiliki pahala yang besar dari Allah. Bahkan berdzikir merupakan harta yang lebih banyak nilainya daripada seluruh dunia dan seisinya. Hal ini diungkapkan dalam hadist riwayat Muslim bahwa dengan membaca Subhanallah wal hamdulillah walaailaaha illallahu wallahu akbar sesungguhnya lebih disukai daripada kekayaan sebanyak apapun yang ada dibawah sinar matahari.

Pahala berdzikir kepada Allah ternyata seimbang dengan pahala membebaskan 10 budak. Apabila kita membebaskan 10 budak, itu pasti akan mengeluarkan biaya yang sangat banyak, sedangkan berdzikir kepada Allah tidak memerlukan biaya dan sangat ringan apabila dikerjakan dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Memberikan kemudahan bagi orang yang dalam keadaan berhutang dan mendoakannya mendapat rezeki yang banyak merupakan salah satu amalan yang mendatangkan pahala besar. Ini merupakan amalan baik yang memiliki pahala cukup besar dimata Allah. Pahala bagi orang yang meringankan atau memberi kemudahan bagi orang berhutang itu sama dengan dua kali lipat pahala orang bersedekah.

Apabila ada orang yang berhutang kepada kita dan telah jatuh tempo, ternyata orang tersebut belum mampu melunasi hutangnya kemudian kita memberikan kelonggaran waktu baginya, maka pahala yang akan kita dapatkan adalah 2 kali lipat dari harta yang kita pinjamkan kepadanya.Pahala tersebut akan terus mengalir setiap hari sampai batas waktu pelunasan orang tersebut.

Menjenguk orang yang sedang sakit. Apabila terdapat tetangga atau saudara kita yang sakit, sebaiknya jenguklah dia. Pada saat kita menjenguk orang yang sakit tersebut, maka 70 ribu malaikat akan mendoakan kita untuk mengampuni dosa kita. Dan apabila kita menjenguk orang tersebut pada pagi hari, maka malaikat akan mendoakan kita sampai sore hari.

Lalu apabila kita menjenguk pada sore hari, maka malaikat akan mendoakan kita sampai keesokan paginya. Membaca Al-Qur’an. Membaca Al-Qur’an ternyata memiliki pahala yang sangat besar karena setiap huruf yang kita baca akan dikalikan 10 pahala.

VIDEO:

Itulah beberapa amalan amalan yang mendatangkan pahala besar apabila kita kerjakan. Semoga kita selalu rutin dalam mengerjakan amalan baik sehingga Allah akan memudahkan kita dalam segala hal serta mengampuni segala dosa kita selama ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: ResepiMudahSedap

Add Comment