Tengah sedap drive tiba tiba perut memulas.. terus singgah RNR Perasing. Jalan 2 3 langkah nak sampai kat toilet rasa lain macam je

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah di RnR Perasing.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kisah benar ini diceritakan oleh seorang lelaki tampan yang dalam perjalanan pulang dari kampung ke Johor Bahru. Ini adalah kisah benar dan jika anda pernah mengalami pengalaman yang sama.

Sebelum aku mulakan cerita, kepada yang taktau, RnR Perasing ni dekat LPT2.

Ok, cerita dia macam ni. Tahun ni aku beraya kat Kelantan. So memang kena lalu LPT lah. Kejadian ni masa aku dalam perjalanan dari Kelantan balik ke JB. Raya keempat kalau tak silap. Malam. Ya, aku suka jalan malam. Sebab malam kurang jem. Speed trap pun kurang.

Jadi, ceritanya bermula bila perut aku tetiba memulas masa tengah drive. Ni mesti gara-gara makan Sotong Gunting yang aku beli sebelum naik LPT tadi. Kebetulan benar, papan tanda RnR Perasing menunjukkan 1km lagi. Aku pun standby lah nak masuk simpang RnR ni.

Dah masuk simpang RnR ni, Ya Allahhhh. Punyalah ke dalam RnR dia. Ok takpe lah. Layan je. Aku drive sampai dekat parkir kereta. Banyak jugak kereta yang parkir lepak kat sini. Tapi takde orang pun yang turun lepak dekat food court RnR ni. Masing masing lepak dekat kereta je.

Aku pun keluarlah kereta, cari tandas nak melepas. Ya ampuuunn, punyalah jauh ke dalam toilet dia. Aku ok. Layan je. Dalam perjalanan ni, aku macam terperasan ada orang mengekor aku. Belah kiri, belakang sikit. Aku toleh. Ada budak kecik. Dalam lingkungan 5-6 tahun gitu. Sorang dia je. Aku pun tegur.”Nak ke bilik air ke dik?”

Dia tak jawab. Tapi sengih sengih tengok aku. Hek eleh, ingat comel lah tu. Aku bukan apa, terfikir jugak mak bapak budak ni mana. Biar je anak dia jalan pergi toilet sorang. Sunyi kot. So aku macam nak teman lah. Tapi lebih kepada nak buat peneman aku, aku seram kot. Huhu. At least ada jugak teman.

So aku terus lah jalan ikut arah toilet. Bila dah nampak pintu toilet, aku toleh kat budak ni. Nak cakap yang toilet ada depan tu je. Sekali aku toleh, budak tu takde. Hilang! Sunyi! Mana budak tadi?

Ah mungkin dia patah balik kot. Lantaklah. Aku terus jalan laju laju pergi toilet.

Jalan nak pergi toilet ni kena lalu satu taman permainan kecil tau. Elok je aku nampak ada satu buaian tengah berayun sedangkan buaian sebelah dia statik je.

Ah mungkin ada budak main sebelum ni. Buaian ni belum berhenti berayun kot. Sedapkan hati cakap kau.

Aku pun masuk toilet teruskan niat nak melepas. Tengah melepas ni, pintu kubikel aku kena gegar.Gedegung! Gedegung! Gedegung! Bukan ketuk, tapi gegar.

Aduh. Banyak lagi kot kubikel lain yang kosong. Apehal nak berebut dengan aku jugak. Aku cuba sedapkan hati sambil pandang pintu toilet.

Tengah pandang pintu toilet, elok je aku tengok seluar dengan boxer aku yang tergantung dekat pintu bergoyang sendiri. Berayun kiri kanan.

Ya ampun! Nak berak pun tak senang. Cepat cepat aku cebok. Kelam kabut pakai seluar. Keluar dari kubikel tu, aku pandang kiri kanan.Kosong.

Ok, aku keluar toilet. Kena lalu playground tadi lagi. Cuba teka apa aku nampak.

Ya, aku nampak buaian yang tengah berayun tadi masih tak berhenti.

Ok, ada yang tak kena. Aku lincah jalan pergi kereta.

Sampai kereta, bini aku tanya,”Toilet kat mana?”Kenapa?”Ni haa, anak berak”Haa jom lah. Orang temankan”

Itulah kesilapan aku. Kenapalah aku tak suggest pergi tukar pampers anak kat next stop je. Eeeiii.

Jalan lah kitorang pergi toilet balik. Lalu lagi playground tadi. Cilake. Buaian tu masih berayun. Aku steady. Tak bagitau bini aku.

Aku tunggu luar. Hisap rokok kejap. Bini aku pulak dalam toilet perempuan tengah tukar pampers anak.

Dari luar jelas bunyi suara anak aku teriak. Meraung kemain lagi. Aku dah tak sedap hati.

Bini aku keluar, dah siap. Dia kabor ke aku yang anak aku buat muka takut bila pandang atas .

Kitorang pun bergerak nak ke kereta. Sekali lagi kena lalu playground tu. Ah, dia berayun lagi woi.

Ok, jom gerak. Aku ajak bini aku cepat cepat. Sambil berjalan ke kereta, macam macam surah dah aku baca. Ayat kursi je tiga kali aku baca. Sebelum masuk kereta, baca lagi.

Alhamdulillah lah. Takde benda bukan bukan dah jadi lepas tu.

So tu je lah cerita aku. Mungkin korang baca, tak seram. Tapi aku yang alami ni, ketor lutut.

Tu last dah aku berhenti kat RnR Perasing. Bukan calang calang puaka dia. Patutlah orang lain berhenti lepak dekat kereta je. Aku je beriye pergi toilet sensorang. Padaaannn.

Kredit: Mohamed Afiq
-zaiton-

Via ais kacang

Add Comment