[VIDEO] “Comelnya, Senyum Gataii Sangat..” – Telatah Aafiyah Tengok Muka Sendiri Dalam Cermin Buat Netizen Terhibur

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Penyanyi nombor satu negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya disenangi ramai kerana tutur kata yang lembut, sopan dan juga seorang yang rendah diri.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Walaupun sebagai artis yang menerima pujian dan juga kecaman namun beliau tetap tenang dalam menyampaikan atau menjawab persoalan daripada pihak media dan para peminat.

Setelah sekian lama menanti zuriat Dato Sri Siti Nurhaliza dianugerahkan zuriat yang comel yang diberi nama Siti Aafiyah.

Siapa lagi yang memberi kasih sayang yang paling mendalam hidup seorang anak, selain ibu kan? Kasih sayang dan cinta seseorang ibu sangat luar biasa terhadap anak-anaknya. Tidak ada pengorbanan yang lebih besar selain melahirkan dan mempertaruhkan nyawa mereka demi si anak.

Pada 19 Mac lalu, penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya bergelar seorang ibu apabila selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Siti Aafiyah. Selaku anak pertama beliau selepas bertahun-tahun menanti, Aafiyah memang selalu dimanjakan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami.

Gelagat comel anak Datuk Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah sering mendapat perhatian ramai dek gelagatnya yang kini sedang membesar.

Penyanyi tersohor negara itu juga sering memuat naik gambar dan video bersama anak kesayangannya di laman media sosial untuk dikongsi dengan peminat. Terbaru, Datuk Siti ada berkongsi satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah yang sedang melihat dirinya sendiri di dalam cermin.

Aafiyah Asyik Tengok Muka Di Cermin..

Menerusi video tersebut, Aafiyah sedang ralit melihat wajahnya sendiri di dalam cermin sebelum diagah ‘kakak’nya. Telatah Aafiyah yang tersipu-sipu senyum sambil menjelirkan lidahnya buat ibunya geram. Biasalah, kalau dah namanya perempuan kecil-kecil pun dah suka mengadap cermin. Cermin dan perempuan memang tak dapat dipisahkan.

Rata-rata peminat terhibur dengan telatah comel Aafiyah yang mencuit hati. Jom baca apa kata netizen.

Macam Nak Masuk Dlm Cermin Dah Aafiyah Tu..

Mesti Aafiyah Tak Percaya Dia Anak Siti Nurhaliza

Masa tngok cermin tu mesti kata dalam hati “muka aku ni mcm siti Nurhaliza kan’ hahahahah

Dia cium diri sendiri cute banget.

Ya Allah Comelnya, Senyum Gataii Sangat..Haha

Budak-budak memang panjang akal dan makin cerdik dalam fasa untuk membesar ni. Tengoklah Aafiyah, semakin membesar telatah Aafiyah semakin comel kan?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber/Foto: MediaOhsem via Instagram CTDK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *