Kerisauan Terhadap Sesuatu Perkara, Cuba Amalkan Zikir Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hati Tidak Selalu Tenang, Kerisauan Terhadap Sesuatu Perkara, Cuba Amalkan Zikir Badriyah Zikir Pelindung Luar Dan Dalaman. Banyak sekali khasiat dan fadhilat dari membaca Selawat Badar ini, diantara faedah dan fadhilatnya antara lain sebagai berikut : Kita meminta kepada Allah dengan bertawassul dengan Ahli Badar agar:

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Mendapat keselamatan dunia akhirat

Mendapat keselamatan dari bala / kecelakaan

Mendapat keselamatan dari gangguan manusia, jin, dan sebagai pembenteng diri beserta keluarga dan masyarakat

Dapat menghilangkan kesusahan, kesempitan kesedihan dan lainnya.Akan selamat dari usaha jahat manusia dan musuhnya yang akan berbuat jahat padanya

Mendapat keselamatan dari bencana alam dan sejenisnya

Mendapat ampunan dari Allah swt

Dengan lantaran selawat Badar, Insya Allah akan dilapangkan hatinya, rezekinya. dimudahan segala urusannya serta mendapat keberkatan hidup dengan berkat selawat ahli badar. Dan berdampingan dengan Nabi Muhammad saw kelak di akhirat.

TERJEMAHAN SELAWAT BADARIYAH

Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Pesuruh Allah

Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Kekasih Allah

Kami Bertawassul dengan Bismillah Dan Pembawa Petunjuk, Utusan Allah. Semua yang berjihad di jalan Allah

Khususnya pejuang Badar, Ya Allah

Ya Allah selamatkanlah Umat Islam Dari malapetaka dan kemurkaan Mu. Dari segala kedukaan dan kesusahan

Dengan berkat pejuang Badar, Ya Allah

Ya Allah lepas dan hilangkanlah Segala yang menyakiti dan balikkanlah. Perdaya musuh, kasihanilah kami Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah

Ya Allah lepaskan kami dari kesusahan Dan kehancuran kerana maksiat. Segala macam ujian dan penyakit Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah

Banyak rahmatMu sudah diterima Banyak kerendahan yang telah di singkir. Banyak nikmatMu yang telah dikecap

Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah

Cukup banyak kemampuan yang Engkau beri selama ini. Cukup banyak kenikmatan Engkau rasakan pada yang berhajat. Cukup banyak kesalahan Engkau maafkan pada yang berdosa. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah

Sesungguhnya bumi yang luas terasa sempit. Dalam dada orang yang tertimpa bala. Lepaskan kami dari cubaan yang menyusahkan. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah

SEJARAH SELAWAT BADAR

Selawat Badar adalah rangkaian selawat berisikan tawassul dengan nama Allah, dengan Junjungan Nabi s.a.w. serta para mujahidin teristimewanya para pejuang Badar. Selawat ini adalah hasil karya Kiyai Ali Manshur, yang merupakan cucu Kiyai Haji Muhammad Shiddiq, Jember. Oleh itu, Kiyai ‘Ali Manshur adalah anak saudara Kiyai Haji Ahmad Qusyairi, ulama besar dan pengarang kitab “Tanwir al-Hija” yang telah disyarahkan oleh ulama terkemuka Haramain, Habib ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani, dengan jodol “Inarat ad-Duja”.

Diceritakan bahwa asal mula karya ini ditulis oleh Kiyai ‘Ali Manshur sekitar tahun 1960an, pada waktu umat Islam Indonesia menghadapi fitnah Partai Komunis Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai ‘Ali adalah pegawai bahagian Agama Banyuwangi dan juga seorang Pengurus Cabang Nahdhatul Ulama di situ.

Keadaan politik yang mencekam saat itu dan kebejatan PKI yang merajalela membunuh orang ramai, bahkan banyak kiyai yang menjadi mangsa mereka, maka terlintaslah di hati Kiyai ‘Ali, yang memang mahir membuat syair ‘Arab sejak belajar di Pesantren Lirboyo Kediri, untuk menulis satu karangan sebagai sarana bermunajat memohon bantuan Allah SWT untuk meredam fitnah politik saat itu bagi kaum muslimin khususnya Indonesia.

Dalam keadaan tersebut, Kiyai ‘Ali tertidur dan dalam tidurnya beliau bermimpi didatangi manusia-manusia berjubah putih – hijau, dan pada malam yang sama juga, isteri beliau bermimpikan Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah siang, Kiyai ‘Ali langsung pergi berjumpa dengan Habib Hadi al-Haddar Banyuwangi dan menceritakan kisah mimpinya tersebut. Habib Hadi menyatakan bahwa manusia-manusia berjubah tersebut adalah para ahli Badar. Mendengar penjelasan Habib yang mulia tersebut, Kiyai ‘Ali semakin bertekad untuk mengarang sebuah syair yang ada kaitan dengan para pejuang Badar tersebut. Lalu malamnya, Kiyai ‘Ali menjalankan penanya untuk menulis karya yang kemudiannya dikenali sebagai “Selawat al-Badriyyah” atau “Selawat Badar”.

Maka terjadilah hal yang menghairankan keesokan harinya, orang-orang kampung mendatangi rumah beliau dengan membawa beras dan bahan makanan lain. Mereka menceritakan bahwa pada waktu pagi shubuh mereka telah didatangi orang berjubah putih menyuruh mereka pergi ke rumah Kiyai ‘Ali untuk membantunya kerana akan ada suatu acara diadakan di rumahnya. Itulah sebabnya mereka datang dengan membawa barang tersebut menurut kemampuan masing-masing. yang lebih menghairankan lagi adalah pada malam harinya, ada beberapa orang asing yang membuat persiapan acara tersebut namun kebanyakan orang-orang yang tidak dikenali siapa mereka.

Menjelang keesokan pagi harinya, serombongan habaib yang diketuai oleh Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi Kwitang tiba-tiba datang ke rumah Kiyai ‘Ali tanpa memberi tahu terlebih dahulu akan kedatangannya. Tidak tergambar kegembiraan Kiyai ‘Ali menerima para tamu istimewanya tersebut.

Setelah memulai pembicaraan tentang kabar dan keadaan Muslimin, tiba-tiba Habib ‘Ali Kwitang bertanya mengenai syair yang ditulis oleh Kiyai ‘Ali tersebut. Tentu saja Kiyai ‘Ali terkejut karena hasil karyanya itu hanya diketahui dirinya sendiri dan belum disebarkan kepada seorangpun. Tapi beliau mengetahui, ini adalah salah satu kekeramatan Habib ‘Ali yang terkenal sebagai waliyullah itu.

Lalu tanpa banyak bicara, Kiyai ‘Ali Manshur mengambil kertas karangan syair tersebut lalu membacanya di hadapan para hadirin dengan suaranya yang lantang dan merdu. Para hadirin dan habaib mendengarnya dengan khusyuk sambil menitiskan air mata kerana terharu. Setelah selesai dibacakan Selawat Badar oleh Kiyai ‘Ali, Habib ‘Ali menyerukan agar Selawat Badar dijadikan sarana bermunajat dalam menghadapi fitnah PKI. Maka sejak saat itu masyhurlah karya Kiyai ‘Ali tersebut.

Selanjutnya, Habib ‘Ali Kwitang telah mengundan para ulama dan habaib ke Kwitang untuk satu pertemuan, salah seorang yand diundang diantaranya ialah Kiyai ‘Ali Manshur bersama pakciknya Kiyai Ahmad Qusyairi. Dalam pertemuan tersebut, Kiyai ‘Ali sekali lagi diminta untuk mengumandangkan Selawat al-Badriyyah gubahannya itu. Maka bertambah masyhur dan tersebar luaslah Selawat Badar ini dalam masyarakat serta menjadi bacaan popular dalam majlis-majlis ta’lim dan pertemuan.

Maka tak hairan bila sampai sekarang Shalawat Badar selalu masyhur. Di Majlis Taklim Habib Ali bin Abdurrahman Alhabsyi sendiri di Kwitang tidak pernah tinggal pembacaan Selawat Badar tersebut setiap minggunya.

Sumber : Ustaz Iqbal Zain

Amalkan Zikir Ini Selama 3 Minit Setiap Hari, Insha-Allah Kita Akan Mendapat Pahala Setara Orang Bersedekah 100 Ekor Kuda Perang.

 Rugi bagi manusia yang tahu enaknya zikir, indahnya zikir, tapi tidak berzikir. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan alhamdulillah 100 kali, sebelum terbit matahari di pagi hari, dan sebelum tenggelam matahari di petang hari, pahalanya seperti orang bersedekah 100 kuda perang fii sabilillah.”

Saya menghitungkan “Alhamdulillah” 100 kali, tidak sampai 3 minit. Tapi dalam ucapan “Alhamdulillah” saja 100 kali, tidak melebihi 3 atau 4 minit, kita mendapatkan nilai sedekah 100 kuda fii sabilillah. hadis sahih.

Oleh kerana itu jamaah sekalian, sebelum terbit matahari, pagi hari, kira-kira setelah Subuh dan sebelum tenggelam matahari, petang hari, kira-kira setelah Asar, sebelum Maghrib, ucapkan “Alhamdulillah” 100 kali setiap hari.

Sebaik-baik ucapan yang Allah suka, “Alhamdulillah.” Afdholu du’a, “Alhamdulillah.” Pembukaan Al Qur’an, “Alhamdulillah.” Bahkan “Alhamdulillah” lebih berat daripada bumi dan langit.

Mereka berzikir, tapi sedikit. Supaya kita jauh dari sifat munafiq, apa yang harus kita lakukan? Dua hal: Solat dengan ikhlas, semangat, jangan malas-malasan. Yang kedua, berzikir sebanyak-banyaknya.

Jadilah orang beriman yang suka berzikir, apalagi di 10 hari pertama Dzulhijjah. Kerana Allah SWT berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang beriman, berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya, itu tanda Anda beriman. Kerana ada sekelompok orang bukan orang mukmin, tapi munafiq. Siapa mereka yang munafiq itu? Apakah mereka berzikir? Apakah mereka solat? Allah SWT berfirman, “Mereka solat bahkan mereka suka berzikir. Allah gambarkan,

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿١٤٢﴾

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. Annisa: 142)

Sifat mereka orang munafiq, kalau solat, malas. Tapi kenapa solat kalau malas? Riya. Takut sama manusia. Takut difitnah. Riya kerana manusia. Terus apakah mereka berzikir?

“……………Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. Annisa: 142)

Mereka berzikir, tapi sedikit. Supaya kita jauh dari sifat munafiq, apa yang harus kita lakukan? Dua hal: Solat dengan ikhlas, semangat, jangan malas-malasan. Yang kedua, berzikir sebanyak-banyaknya.

VIDEO Yang Berkaitan :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ResepiMudahSedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *