Cara Mengubati Penyakit Batu Karang Mengikut Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Biasa kalau kena sekali batu karang tengah tengah malam, memang orang dewasa paling gagah pun akan tumbang !! Amalkan bacaan ini selama 3 hari dengan niat yang penuh pengharapan, pasti batu besar mana pun Allah akan hancurkan.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Penyakit batu karang amat selalu terkena pada kaum lelaki. Biasanya ia dimulakan dengan sakit di sisi pinggang , dan menjalar ke sisi dalam peha. Sekali terkena memang berguling guling la pesakit batu karang ni, tambah tambah kalau kena di waktu malam.

Kalau tak diubati sakit ini, batu akan makin besar dan sekat air dari dikencing keluar. Kesannya air yang tak bergerak keluar tu akan biakkan kuman kuman yang akan melingkupkan terus buah pinggang kita. Sekali buah pinggang rosak, kita akan kena cuci buah pinggang seumur hidup. Seumur hidup yang tinggal lepas buah pinggang rosak itu jangan risaula, takkan lama mana.

Sebelum mengamalkan amalan ini pastikan ada wuduk dan menghadap kiblat.

1. Buka penutup 3 botol besar air mineral, jangan campur gula atau pewarna (PANTANG).
2. baca alfatihah x3 ,, di ayat iyyakanakbudu itu doakan kesembuhan kita , dengan niat supaya Allah menghancurkan kapur2 lebih di dalam badan kita.
3. Baca WALYATALATTOF tiup masuk hembusan udara di 3 3 botol, tutup cepat cepat dan jangan simpan di dalam peti ais.

4. habiskan 3 botol air itu dalam masa sehari, kalau rasa nak terkencing pun paksa sahaja minum.
5. Cukup hari ketiga , anda akan rasa air kencing anda berpasir, teruskan amalan hingga hari ke 7, insyaAllah akan disembuhkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: kakiviral.com

Petua Orang Lama, Rahsia Bahagia Rumahtangga Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia

Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Adakala bahagia mewangi dan ada ketika ditimpa taufan yang mendatang.Ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam mengemudi rumahtangga yang dibina.

Jika dilihat orang dulu-dulu, zaman nenek moyang kita ramai yang mempunyai ikatan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hujung usia. Padahal takde pun zaman suai kenal dan bercinta-cinta, kebanyakannya berkahwin atas pemilihan keluarga.

Sebenarnya, ini antara amalan dan petua kebahagiaan rumahtangga yang diamalkan oleh orang dulu-dulu agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

1. Tidur Sekatil

Suami isteri kena tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk. Jangan biasakan diri berpisah tempat tidur dengan pasangan, sorang dalam bilik sorang diruang tamu atau seorang atas katil sorang tidur di lantai. secara logiknya, tidur merupakan keadaan pasangan dapat berhampiran diantara satu sama lain, berpelukan mahupun pegang tangan sebelum tidur pun, sudah mampu cetus rasa bahagia dalam diri sekaligus mengeratkan hubungan.

2.Gaduh Jangan Lebih 3 hari

Macam dalam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri sebaiknya, selesai urusan ‘pergaduhan’ ini secepatnya, elakkan ia berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari. Perselisihan yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai konflik lain yang timbul. Berfikiran bukan-bukan dan syak wasangka pada pasangan.

3.Peluk Cium Pasangan Sebelum Berpisah

Ini antara salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga. Magis kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oxytocin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri.

Jadikan amalan, sebelum berpisah baik ke tempat kerja atau kemana-mana, biasakan salam, peluk dan cium pasangan dahulu. Percaya lah ia mampu ‘mengikat hati’ pasangan walaupun dimana dia berada. Tanpa perlu rasa ragu.

4.Temankan Suami Makan

Temankan suami makan adalah suatu perkara yang simple tapi beri makna yang besar buat pasangan.Jaga perut suami bukan sekadar memasak dan sediakan makanan untuk suami malah turut temankannya ketika makan. Jika perasan nenek mahupun mak kita dulu, walaupun tak nak makan tetap temankan suami makan, cedukkan nasi, lauk mahupun sekadar teman berborak ketika makan.Ia mampu mencetuskan rasa prihatin dan ambil berat seorang isteri pada suami.

5. Lakukan Amal Ibadat Bersama-sama

Si suami perlu luangkan masa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan. Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagian dan diredhai oleh Allah.

Semoga bermanfaat, sama-sama kita amalkan.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Add Comment