Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebenarnya kalau ikutkan cerita Doktor Taufiq Razif anak yang berjaya hafal 30 Juzuk Al-Quran ini bukan meminta-minta tetapi kalau ada yang sudi nak tolong tunaikan impiannya apa salahnya.Ya, betul Mak Ayahnya pekak dan bisu. Namun semangatnya untuk hafal ayat-ayat suci Al-Quran ini patut dibanggakan. Alhamdulillah, rezeki mak ayahnya dapat anak hebat.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Jadi andai kata ada netizen yang sudi membantu dan nak tahu cerita penuhnya, baca perkongsian Doktor ini.
Budak Tahfiz Ni Mak Ayahnya Pekak Dan Bisu
Sebak saya nak cerita pasal budak ni sebenarnya. Percaya tak kalau saya bagitahu mak ayah adik Mustaqim Rosli ni pekak dan bisu? Lebih dasyat lagi anak kepada mak ayah yang bisu ni obses sangat hafal Al Quran dan sekarang dah berjaya hafal Juz 30 dalam masa yang sangat singkat!
Ayahnya cuma peniaga kecil yang berniaga kopiah di market Changlun. Keluarga adik Mustaqim ni memang sangat sangat miskin! Tapi yang membuatkan saya sebak sangat sangat adalah adik Mustaqim ni tak pernah miss pun pergi kelas mengaji walaupun ayahnya sendiri tak mampu nak bayar yuran kelas mengaji.
Adik Mustaqim ni tak kira. Rasanya dia memang dah nekad nak hafal Al Quran untuk bagi syafaat pada mak ayahnya yang OKU tu.
Cuma Minta Glove Bola
Masa cikgu tanya apa je yang adik Mustaqim nak kalau dah berjaya hafal juz 30 dalam Al Quran. Tahu tak apa jawapan adik ni?
“SAYA TAKNAK APA-APA PUN. SAYA CUMA NAK GLOVE BOLA JE.”
Tahu tak berapa harga glove bola yang adik Mustaqim ni duk impikan tu? Rm11.50 je tapi dia tak mampu pun nak beli ! Bila adik Mustaqim ni dah lulus hafalan juz 30 dia terus dibawa ke pasaraya CMART untuk beli glove bola dia. Punya la dia tersenyum macam benda tu benda paling mahal kat atas dunia. Memang adik Mustaqim tak berduit dan tak mampu nak beli walaupun cuma berharga Rm11.50!
Sebak!
Sekarang ni adik Mustaqim ni belajar di Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar di Kampung Lembah Palas, Changlun Kedah. Masalahnya sekarang ni pusat tahfiz tu dah buruk sangat. Dah 2 tahun kempen kutipan derma dibuat untuk bina bangunan baru untuk pra tahfiz untuk adik-adik yang berumur 5-12 tahun tapi cuma rm60 ribu je yang mampu dikutip.
Masih kurang rm200 ribu lagi. Mudir kepada adik Mustaqim tu sebenarnya nak selamatkan budak-budak kampung tu yang 90% dah terjebak dengan ketum dan 50% pulak dah terlibat dengan dadah. Tu yang saya terdetik hati nak lancarkan kempen kutipan dana kilat untuk pusat tahfiz adik Mustaqim ni.
Dengan harapan, ramai lagi budak-budak miskin di kampung tu dapat juga belajar ilmu Al Quran dan menghafalnya. Jom kita pakat bantu adik Mustaqim dan mudirnya untuk bina bangunan baru untuk selamatkan budak-budak kampung di sana. Semoga Allah buka hati kita untuk buat amal kebaikan.
Dari Anas bin Malik , ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“HENDAKLAH KALIAN BERSEDEKAH, KERANA SESUNGGUHNYA SEDEKAH ITU MERUPAKAN TIRAI PENYELAMAT KALIAN DARI API NERAKA.” ( HR BAIHAQI )
Kredit: Mingguanwanita.my
9 Tip Berkesan Latih Anak Hafal Al Quran, Dengan Cara Paling Santai
Bahagianya jiwa mak ayah bila anak-anak dapat hafal Al Quran. Nak bagi usaha bantu anak menghafal jadi mudah sebenarnya ada cara dan tipnya.
Ini yang dikongsikan Motivator Al Quran, Ustaz Khairul Anuar Basri, apa yang mak ayah boleh buat dalam mendidik anak-anak kecil menghafaz Al Quran.
Ini 9 Tip Didik Anak Kecil Hafal Al Quran
1. Bagi anak-anak yang sudah tahu membaca Al-Quran, betulkan bacaan mereka mengikut tajwid. Ini sangat penting kerana hafazan yang pertama kali dibuat mengikut tajwid yang betul akan menyebabkan hafazan mereka tepat setiap saat dan tidak perlu usaha untuk memperbetulkannya lagi.
2. Setelah dibetulkan tajwid bacaan mereka, mula menghafal menggunakan teknik yang pelbagai. Mungkin mereka membaca sendiri berulang kali, atau mereka juga boleh dibantu oleh audio bersama-sama.
3. Peruntukkan masa dan target berapa ayat yang mesti dihafaz oleh anak-anak dalam sehari. Ibu bapa boleh memantau secara santai proses menghafaz mereka.
4. Uji hafazan (tasmik) anak-anak setiap kali selesai setiap sesi untuk memastikan mereka berjaya menghabiskan tugasan yang diberi.
Lagi Mudah Hafal Dengan Pasang CD Al Quran Dalam Kereta
5. Sebelum berpindah ke ayat yang baru, uji hafazan mereka yang terdahulu untuk memastikan mereka masih ingat. Ujian ini boleh diselangseli juga ketika perlu.
6. Untuk ulangkaji, gunakan juga CD dan pasang bila mana menaiki kereta. Biasanya, anak-anak secara automatik akan terus membaca bersama kerana mereka telah hafaz.
7. Bagi anak-anak yang belum mahir membaca, boleh gunakan CD sebagai alat bantuan menghafaz. Pastikan CD itu mempunyai bacaan yang standard panjang pendek harakatnya demi menjamin kualiti hafazan anak-anak.
8. Guna kaedah ulangan dan semakan (i’adah) yang sama seperti di atas untuk mengukuhkan hafazan.
9. Kaedah di atas akan lebih berkesan jika anak-anak turut didedahkan dengan pertandingan hafazan. Jadi, galakkan anak-anak untuk menyertainya walaupun bukanlah menjadi target untuk mendapat nombor teratas.
Selamat mencuba!