Inilah Rahsia Untuk Mudah Bangun Qiamullail, Tahajud Dan Sahur..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Ustaz tadi kata, dah alang-alang bangun sahur, ambil peluang buat solat malam sekali. 2 rakaat pun jadilah. Tapi aku ni memang payah betul bangun awal. Kadang-kadang sahur pun ‘missed’. Adakah cara mudah bangun tahajud dan bersahur ya?

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana dipanjangkan usia dan diberi peluang bertemu Ramadhan tahun ini.

Bulan yang barakah ini bukan sahaja mengajar erti sabar dalam keadaan lapar serta dahaga malah ramai yang menjadikannya bulan untuk melakukan pelbagai amal kebaikan.

Ambil Peluang Bangun Tajahud Di Bulan Ramadhan

Pada masa ini jugalah ramai yang berusaha mengerjakan solat malam.

Tapi bukannya mudah untuk lakukan solat malam kerana keletihan bekerja di siang hari, mengantuk dan malas menguasai diri.

Jadi, bagaimana cara mudah bangun tahajud atau beribadah dengan melakukan solat malam?

9 Cara Mudah Bangun Tahajud & Sahur

Dengan 9 tips yang dikongsikan di bawah ini, diharap anda dapat bangun melakukan solat malam dengan lebih mudah.

1. Tidur Sedikit Pada Waktu Siang

Bagi yang bekerja, digalakkan tidur sekejap sebelum atau selepas zuhur.

Pejamkan mata 15-20 minit ketika waktu rehat tengahari.

2. Tidur Awal Pada Waktu Malam

Masuk tidur lebih awal daripada biasa. Sebaiknya selepas solat isyak atau sebelum pukul 10 malam.

 

3. Menjaga Pemakanan

Elak makan dan minum dengan banyak kerana apabila kenyang, sukar untuk bangun malam.

Makanlah daripada sumber yang berkhasiat dan kurang berlemak kerana ia membantu melancarkan sistem pencernaan badan anda.

4. Amalan Sebelum Tidur

Amalkan baca Mathurat sebelum tidur. Selain menjadi pendinding diri, ia juga membantu memudahkan bangun di tengah malam.

Selain itu bacakan doa sebelum tidur.

5. Pasang Niat

Niatkan dalam hati untuk bangun mengerjakan solat malam.

Mohon kepada Allah supaya tidur menjadi kerehatan buat kita sehingga berdaya bangun untuk menunaikan solat tahajud.

6. Posisi Tidur

Amalkan posisi tidur secara mengiring ke kanan.

7. Wuduk Sebelum Tidur

Cuba amalkan tidur dalam keadaan berwuduk.

8. Kuatkan Azam

Tekadkan diri untuk memperoleh pahala dan kelebihan mengerjakan solat malam.

9. Sentiasa Muhasabah Diri

Jauhkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat kerana ia boleh jadi penghalang untuk mudah bangun di tengah malam.

Kerap muhasabah diri jika tidak mampu bangkit di tengah malam

Banyak Manfaat Solat Malam Di Dunia & Akhirat

Rahsiakan solat malam daripada sesiapa demi untuk mengelakkan wujudnya rasa riak dalam diri.

Moga Ramadhan tahun ini menjadi titik tolak untuk terus istiqamah bangun di tengah malam untuk qiamullail.

Sememangnya ibadat inilah yang menghubungkan hati kita dengan Allah sebab itu ia dianjurkan untuk mengerjakannya apatah lagi ganjarannya juga sangat besar.

Sumber: SirapLimau

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber lubukmaklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *