Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Entri terbaru Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila beliau berkongsi video pendek sewaktu dalam sebuah teksi.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Difahamkan TMJ baru selesai melakukan kerja amal, memberi bantuan berupa ubat-ubatan dan makanan kepada ‘homeless’ di jalanan di bandar Johor Baharu bersama isteri beliau Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda Binti Bustaman.
” Taxi with Uncle Raj.. done with giving back to the Homeless. Alhamdullillah..” tulis TMJ beserta sebuah video.
Sementara seorang netizen memberi komen;
” Akan menjadi kenangan manis buat uncle raj sampai bila2. bertuah uncle raj dpt bwk seorg pemimpin yg menjadi kesygan rakyat..”
Dalam video tersebut, kedengaran juga TMJ sempat mengusik wife nya sebagai Human GPS, kerana membantu pemandu teksi tersebut menunjuk jalan. Hahaha lawak juga TMJ ni..
Rata-rata netizen menganggap TMJ adalah seorang yang sangat sempoi dan sweet. Ramai memuji tindakan TMJ yang rajin turun padang menjenguk permasalahan rakyat. Malah ada yang memuji TMJ tidak perlu iringan bodyguard untuk ke mana-mana.
Sila skrol ke bawah untuk lihat video
Sementara baru-baru ini pula heboh apabila TMJ memandu kereta yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu, Perodua Kancil.
Dalam video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Muhammad Jefreel itu, TMJ dilihat mahu berangkat pulang daripada majlis tersebut sebelum memandu sendiri kereta Kancil diiringi pengiring.
Lebih menarik, kereta Kancil berwarna gelap dengan nombor pendaftaran JBL 2 itu dilihat mempunyai ‘sunroof’ dan masih kelihatan baharu.
Menerusi carian di laman sosial, laman rasmi Twitter pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers pernah memuatnaik foto kereta tersebut pada bulan Jun lalu dan TMJ memberitahu itu kereta pertamanya selepas mendapat lesen.
Jom baca apa komen netizen
1) saidina omar lebih afdal… coz robin hood tu mencuri dari orang kaya pastu hasil curian tu dia sedekah kat org miskin, cara dia tak elok. saidina omar dia malam2 gi tgk rakyat dgn mata kepala sendiri and bagi bantuan guna harta kerajaan dan juga harta sendiri. tahniah our bestest royal for your compassions toward less fortunate people!!! daulat tunku, daulat bakal sultan kami. daulat che puan, daulat bakal permaisuri kami.
2) Marilah membantu lebjh banyak dan ramai lagi rakyat johor yg susah siit demi sikit sesungguhnya allah paling suka amalan yg sikit demi sikit tapi beristiqamah
3) hahaha sempoi tmj..lebih sempoi klau tengku berjalan mane2 tk pyh ad bodyguard
4) MashaAllah Tuanku, Semoga Tuhan Memberkati Kehidupan Tuanku Sekeluarga. patik bangga dgnbTuanku dan YMCPK.
5) Perghhh blik dgn teksi tuanku..terbaikk..tk dok ascort mecot semua ni…pakcik teksi tu mesti tk bleh nak ckp apa…terkedu org balik pengsan…hehhe..terbaik
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews
Sumber: IG hrhcrownprinceofjohor via gnews.fun via celotehsaja