HUKUM ISTERI SURUH SUAMI PAKAI MINYAK LINTAH – USTAZ AZHAR IDRUS

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 di Negeri Sembilan telah membincangkan Hukum Menternak dan Menjual Lintah dan Cacing untuk Tujuan Perubatan dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus.” Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia hlm. 118.

Setelah meneliti muzakarah fatwa di atas, maka wujudnya persamaan antara hukum penggunaan cacing untuk penghasilan produk kosmetik dengan siput babi. Ini kerana kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, iaitu kedua-duanya ialah haiwan darat dan dipandang kotor oleh masyarakat majmuk setempat dari sudut dijadikannya sebagai makanan. Kedua-dua haiwan ini juga sudah dikenal pasti dapat mendatangkan manfaat dan maslahah kepada manusia sama ada maslahah dari sudut asliyyah atau tab’iyyah.

Kami berpandangan ianya harus berdasarkan satu kaedah dalam penentuan hukum berdasarkan illahnya, iaitu:

الحكم يدور مع عللها وجودا وعدما

Maksudnya: “Hukum itu beredar bersama dengan illahnya pada kewujudan dan ketiadaan hukum.”

Rujuk Mughni al-Muhtaj (2/260)

Illah pada pengharaman siput babi dan cacing ialah kerana keduanya merupakan haiwan yang khabaith mengikut mazhab Syafie dan uruf masyarakat setempat. Akan tetapi sekiranya illah itu tiada atau hilang maka hukumnya adalah harus.

Maka di sini, adakah terdapat illah khabithah pada penggunaan untuk pengunaan luaran (bukan untuk pemakanan) seperti pengunaan kosmetik. Sekiranya masyarakat sudah tidak lagi melihat sebagai khabithah pada penggunaan maka hukumnya adalah harus dan dihalalkan pengunaannya.

VIDEO

SUMBER islamituindah.us

Hukum Berak Sambil Hisap Rokok – Ustaz Azhar Idrus

Soalan: Aapakah hukum berak sambil hisap rokok?

Jawapan Ringkas

Hadis kata, Allah murka orang yang berbual sambil buang air. Apatah lagi perbuatan merokok yang dikatakan haram dan makruh bagi sesetengah ulama.

2.2. Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara’ telah membuat keputusan seperti berikut :

2. 2. 1. “HUKUM MENGHISAP ROKOK”

Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,

Tersebut dalam kitab “Yasalunaka Fiddin Wal Hayah”

Maksudnya:Apabila adalah ulama’ fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama’ hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama’ hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama’ pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

2.2.2. “HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID”

Hukum menghisap rokok di dalam masjid adalah HARAM Hukum ini dibuktikan dengan Nasnya iaitu :

Maksudnya:Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau bawang putih atau kucai. Maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasenya malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama’ fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.

2. 2 . 3 . “HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN”

Hukumnya adalah HARAM. Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut

Ertinya: Dan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.

2.2.4. “HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT”

Hukumnya adalah HARAM: hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu:

Firman Allah Taala:

Ertinya: Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala:

Maksudnya:Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :

“Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam” ada menyebutkan” mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.

Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan “Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya ”

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk kepada portal e-fatwa JAKIM.

Sekian terima kasih.

SUMBER islamituindah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *