[GAMBAR] 9 Selebriti Ini Yang Mengikut Jejak Langkah Ahli Keluarga Mereka. Patutlah Sama, Adik Beradik Rupanya!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dunia seni ini kecil sahaja dan tarikan popularitinya cukup kuat. Jadi tidak hairanlah adik kepada beberapa selebriti tempatan ini turut sama menjerumuskan diri ke dunia seni yang penuh cabaran ini. Jika disebut adik beradik KRU, Ziana dan Anuar Zain, adik beradik Senrose, anak-anak gadis Maembong mahupun Fatimah Abu Bakar dan Sam serta Siti Saleha; mereka sudah cukup dikenali sebagai selebriti adik-beradik yang membina nama dalam industri. Namun kami senaraikan 8 bintang ini yang turut tidak terkecuali mempunyai saudara dalam industri.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ruhainies dan Risteena

Risteena yang dilahirkan pada tahun 1989 merupakan kakak kepada pelakon cantik Ruhainies yang sebelum ini pernah dilanda kontroversi atas hubungannya dengan Datuk Red dan pelakon Azrel Ismail. Risteena mula dikenali melalui lakonannya dalam drama Playboy itu Suami Aku, Friday… I’m In Love, Cinta Teruna Kimchi, Karlos, Menjinak Ombak dan Diandra. Ruhainies pula baru sahaja mencipta nama melalui lakonannya dalam drama Hello Mr. Perfect disamping Fattah Amin dan drama Si Montel serta terbaharu drama Jejak Karmila.

Umie Aida, Erma Fatima dan Betty Rahmad

Pertalian darah antara Umie Aida dan Erma Fatima tentunya sudah diketahui umum, namun masih ramai yang tidak mengetahui mereka mempunyai seorang lagi adik yang turut terjun dalam bidang seni. Betty Rahmad pernah berlakon dalam drama Adam dan Hawa, Ammara Batrisya, Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia. Namun Betty lebih meminati bidang nyanyian dan pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cundan Ammara Batrisya. Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian membawa adik bongsu Erma Fatima ini ke uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia musim kedua dan ke-9.

Ogy Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud

Sejak kebelakangan ini wajah Fazlina Ahmad Daud, adik bongsu Ogy Ahmad Daud sering memenuhi kaca TV dengan lakonan mantapnya dalam drama. Fazlina mula berlakon pada tahun 1993 sebagai watak tambahan dalam drama Mat Gabrah. Diikuti dengan drama Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan Yang Pertama, Tetamu tetamu, Sayang Mariadan Kamelia. Fazlina membawa diri daripada dunia seni selama 20 tahun lamanya demi memberi tumpuan kepada keluarga. 2010 dia kembali aktif berlakon drama dan teater. Antara drama yang dilakonkannya ialah Cermin Kasih, Teman Lelaki Upahan, Asam Pedas Untuk Dia, Tuan Anas Mikael dan Mahligai Kaca.

Fasha Sandha dan Elisya Sandha

Kehebatan Fasha Sandha dalam bidang lakonan tidak perlu diceritakan, malah dia merupakan pelakon wanita yang mampu mempertahankan rekod disiplin yang tinggi sepanjang penggambaran. Kini, adik bongsunya Elisya mengikut jejak langkah kakaknya untuk terjun ke bidang lakonan. Elisya turut berlakon bersama Fasha dalam filem Anak Mami Nasi Kandar (AMNK), selain filem Perjanjian Syaitan dan drama Destinasi 4G. Malah Elisya turut mencuba nasib dalam bidang pengacaraan menerusi program televisyen Misi Kita.

Kuza, Kuna dan Kunie

Tengku Sariwani Tengku Muzani atau Kunie, mungkin tidak cukup terkenal seperti dua kakaknya pelakon Kuza dan Kuna. Namun kehadirannya mewarnai industri seni. Lebih 24 tahun bergelumang dalam industri, pelakon yang juga seorang kerabat diraja Kelantan ini pernah membintangi filem Lang Buana dan Amir & Loqman Pergi Ke Laut selain drama Projek Memikat Suami, Cik Mek Molek dan Sesuci Kelopak Mawar.

Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi

Nama Eira Syazira telah dikenali sejak penglibatannya dalam bidang lakonan tahun 2004. Sepanjang kerjayanya Eira pernah membintangi drama Assignment, Meniti Bara, Gerak Khas, Elly, Ku Milikmu, Dingin Lavender dan Cinta Balqis. Pelakon ini turut membintangi filem Bisikan Remaja, Ngangkung dan Aku Bukan Tomboy. Selain itu, Eira turut mencuba nasib dalam bidang nyanyian menerusi album Di Hati Ini dengan lagu Istana Cinta sebagai lagu tema Cinta Balqis. Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakaknya apabila wajahnya mula kelihatan dalam drama Cinta Illahi, Memori Cinta Suraya, Sweetie Nannie, telefilem Di Pintu Syurga serta filem Fobia Malam Pertama.

Irfan Harris dan Amira

Penyanyi ini mula dikenali setelah mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 2013. Bertitik tolak daripada itu, Amira mula mula mengeluarkan single Sesaat Untukku, namun kurang mendapat sambutan. Lagu Hati-Hati dan Jaga-Jaga telah melonjakkan nama pelakon Abang Bomba I Love You yang juga penyampai di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV 9 Ini. Siapa sangka Irfan Haris yang cukup terkenal dengan lagu Redha dimainkan dalam drama Suri Hati Mr. Pilot merupakan adik kepada penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat ini. Bakat Irfan mula dicungkil menerusi program realiti Idola Kecil 4 (2011) dan Ceria Popstar (2016).

Ahmad Idham & Abby Nadzri

Ahmad Idham mula dikenali menerusi drama Cinta Antara Benua, Cinderella dan Romeo & Juliet. Kini pelakon ini lebih selesa bergelar pengarah untuk filem-filem terkenal seperti Impak Maksima, Niyang Rapik, Adnan Sempit dan Gengster Celop. Berbeza dengan adiknya Abby Nadzri yang pernah mengacarakan beberapa program TV seperti Simply Bollywood dan Pop Bollywood, Mango TV, Gametime, Bintang RTM dan Fulus Mania. Abby turut disunting sebagai pelakon telefilem Mimi Amah Diva serta drama Puteri Salju dan Bicara Hati.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MediaOhsem via SoyaLemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *