Wan Maryam Atau Cik Yam Terima Tawaran Menjadi Model Cilik. Apa Komen Fizo Omar Sebagai Seorang Ayah.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pelakon dan usahawan Wan Hafizol Wan Omar atau pun lebih di kenali sebagai Fizo Omar mengakui dia tidak menghalang anak perempuannya, Wan Maryam untuk melibatkan diri dalam bidang seni.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar ini berkata selepas beberapa keping foto Maryam atau lebih popular dipanggil Cik Yam tular, anaknya telah menerima beberapa tawaran untuk menjadi model cilik.

“Cik Yam ada menerima beberapa tawaran selepas kes fotonya tular beberapa hari lepas.

“Jika bersesuaian dengan Cik Yam, saya akan mempertimbangkannya. Saya menerima rezeki yang telah ditentukan untuknya,” katanya lagi.

Fizo Omar ditemui di Majlis Pra Pelancaran Media House Entertainment (MHE) di Wisma Trax, Jalan Chan Sow Lin kemarin. Meskipun begitu, Fizo tetap menginginkan Cik Yam menceburi bidang perniagaan sebagai asas.

“Jika ditanya kepada saya, semestinya menginginkan dia menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fizo Omar bakal memulakan penggambaran dua buah drama selepas berehat dari berlakon selama empat tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya, Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *