Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Penyanyi terkenal Sinead O’Connor mengejutkan dunia bila mengakui dia sudah memeluk Islam. Perkara itu diumumkan melalui akaun Twitter beliau yang turut menggunakan nama Islamnya Shuhada Davitt pada 19 Oktober lalu.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Saya ingin mengumumkan saya bangga kini sudah bergelar Muslim, tulis ibu kepada empat anak ini pada 19 Oktober lalu.
Beliau mengucap kalimah syahadah bersama dengan Shaykh Dr Umar Al Qadri di Islamik Centre Of Ireland.
Penyanyi Ireland Sinead O’Connor kini dikenali sebagai Shuhada selepas melafazkan kalimah syahadah. Kita doakan semoga Allah memberikan ketenangan dalam kehidupan beliau. Amin, tulis Shaykh Dr Umar Al-Qadri yang turut berkongsi video Shuhada melafas kalimah syahadah.
VIDEO:
Pernah jadi paderi
Melalui bacaan Admin ternyata sejarah hidup penyanyi rock dari Ireland ini sangatlah berliku. Beliau melalui banyak konflik diri sebelum memeluk Islam.
Keputusannya memeluk Islam ini juga tidak dijangka apatah lagi sebelum ini wanita ini pernah menjadi paderi selepas mendapat lantikan daripada sebuah gereja pada tahun 1990-an yang juga mengejutkan pihak gereja Roman Katholik kerana wanita tidak boleh menjadi paderi.
Pada Ogos 2017 penyanyi yang popular dengan lagu Nothing Compares 2 U juga dikatakan menghadapi masalah tekanan mental yang serius. Bukan itu saja penyanyi ini juga mengaku dia di diagnos mengalami gangguan bipolar selain kemurungan.
Semoga selepas ini Shuhada menemui ketenangan, InsyaaAllah Aaminn.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya, Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg
Sumber: Youtube Channel Via VK