Subhanallah, Inilah Bentuk Keadaan Jantung Ketika Datangnya Masa

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Inilah keadaan jantung ketika datangnya aja al (15 minit dipendekkan menjadi 15 saat). Lengkap bersama doa taubat nasuha (repent prayer) untuk pengingatan kita bersama…

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Austagfirullahhaladziim Ya Allah….Laillaha ilallah muhammadarasulullah…Ambillah nyawa kami semua dengan husnul hotimahh Aamiin…!!!

Innalillahi wainnailaihi rojiun.Astagfirullahhaladiim…Yaa Allah.
Bawalah hambamu ini kejalanmu agar bisa selamat dari……..dn jadikn lhhamba yg husnul hotimah.

13 Tips Penjagaan Jantung Sihat Yang Kita Boleh Amalkan Tanpa Ubat

Setiap manusia secara normalnya dianugerahkan sebuah jantung untuk membantu perjalanan mekasnima kehidupan. Tanpa jantung yang sihat manusia sukar untuk hidup dengan sempurna.

Jantung bekerja keras setiap hari dengan ritma-ritma tertentu bergantung kepada emosi dan situasi seseorang. Fungsi utamanya ialah mengepam darah segar beroksigen dan bernutrisi penting ke setiap pelosok tubuh untuk membekalkan kuasa kepada sistem tubuh.

Kita perlu menjaga jantung sebaiknya supaya ia dapat berfungsi untuk tempoh bertahun-tahun lamanya tanpa masalah sehingga sampai ketentuan akhir hidup manusia.

2 perkara penting yang menjamin kesihatan jantung adalah kelakuan dan tabiat gaya hidup hidup seseorang.

Tips Penjagaan Jantung Sihat
Ada banyak cara menjaga kesihatan jantung yang boleh kita amalkan sebagai langkah awal pencegahan sakit jantung.

Antara cara yang berkesan untuk mencegah sakit jantung tanpa ubat adalah melalui 13 tips menjaga jantung berikut:

1 – Kira Denyut Nadi Anda

Setiap pagi, selepas bangun daripada tidur, sebelum melakukan apa-apa aktiviti, cuba periksa kadar denyut nadi anda sama ada di leher atau pergelangan tangan.

Kira denyut nadi selama satu minit. Ia dikira dalam unit denyut per minit (beat per minute – bpm)

Menurut info dari Medical News Today, kadar denyut nadi normal bagi orang dewasa ialah dalam linkungan 60 – 100 denyut per minit (bpm).

Bagaimanapun, mereka yang memiliki tahap kecergasan fizikal yang tinggi mempunyai kadar denyut nadi (bpm) yang lebih rendah berbanding orang normal.

Seperti atlit, mereka kebanyakkan mempunyai denyut nadi sihat antara 40 – 60 bpm sahaja.

Jika anda pasti mempunyai kadar denyut nadi yang rendah daripada 40 bpm atau lebih daripada 120 bpm, sila double check dengan doktor segera.

2 – Makan Kacang Walnut

Kacang walnut kaya dengan kandungan alpha-linolenic Acid (ALA), sejenis lemak omega-3 berasaskan tumbuhan.

Ia membawa kebaikan fungsi anti keradangan yang boleh mengelakkan pembentukan darah beku dalam salur darah serta memperbaiki sistem aliran darah yang sihat.

Kajian menunjukkan, mereka yang mengambil lebih ALA dalam diet pemakanan harian mempunyai risiko rendah kegagalan jantung dan hampir 50% pengurangan risiko kematian mengejut akibat serangan jantung.

Makan 4 biji kacang walnut sehari sudah cukup untuk menaikkan kandungan ALA yang sihat dalam darah. Dan amalan makan kacang walnut juga menyokong paras kolesterol yang sihat dalam darah.

3 – Hubungan Se eks Yang Kerap

Manusia juga diberi peluang supaya berkahwin sekurang-kurangnya sekali untuk seumur hidupnya.

Tahukah anda? Nikmat dalam hubungan perkahwinan boleh menyokong kesihatan jantung anda serta pasangan.

Menurut kajian American Journal of Cardiology, pasangan yang melakukan se eks hanya sekali sebulan atau kurang daripada itu mempunyai risiko kepada pembentukan penyakit jantung.

Risiko ini 45% lebih tinggi berbanding pasangan yang melakukannya 2 atau 3 kali seminggu.

Selain suatu nikmat dan menunjukkan skala kesihatan dalam rumah tangga, hubungan se eks juga berkait dengan kesihatan sistem kardiovaskular.

Penyelidik mengatakan, hubungan se eks adalah seperti aktiviti senaman yang merangsang sistem kardiovaskular termasuk jantung.

+4 – Hindari Udara Kotor
Indeks pencemaran udara yang tinggi di sesebuah kawasan mempengaruhi kesihatan jantung penduduk atau orang yang berada disekitarnya.

Situasi udara tercemar ini boleh disebabkan oleh faktor semulajadi atau akibat perbuatan manusia sendiri seperti masalah jerebu, asap kenderaan dan lain-lain.

Kekerapan menyedut udara kotor yang mengandungi partikel pencemaran yang sangat halus boleh menyebabkan dinding arteri menjadi semakin nipis.

Ia boleh membawa risiko serangan jantung yang sangat tinggi.

American Heart Association pernah mengeluarkan kenyataan saintifik berhubung perkara ini. Pendedahan kepada udara tercemar boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular dan kematian.

Terdedah kepada udara tercemar boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok, ketidaknormalan jantung (arrhythmias) dan kegagalan jantung. Terutamanya kepada golongan warga tua atau mereka yang sedia ada mempunyai masalah kesihatan tertentu yang lain.

5 – Jangan Abaikan Sumber Kekacang

Manfaat kekacang (beans) adalah sebagai sumber tumbuhan yang kaya dengan nutrisi dan dikenalpasti sebagai makanan sihat untuk jantung.

Ia bukan sahaja sangat kaya dengan sumber fiber dan potassium, malahan bebas daripada kandungan lemak tepu, lemak-trans, kolesterol dan sodium.

Banyak jenis kekacang yang boleh diamalkan untuk kesihatan jantung secara tidak langsung seperti kacang hijau, kacang merah, kacang soya, kacang dal (lentil), kacang kuda (chickpea) dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *