Video Setelah lebih 15 tahun terpisah, wanita ini bertemu semula dengan gorila yang menjadi teman bermainnya dahulu..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tansy ialah anak sulung kepada penyokong pemuliharaan terkenal Damian Aspinall dan gorila yang dipeluknya ialah Djalta, salah seekor haiwan yang pernah bermain dengannya sewaktu dia masih kecil di Aspinall’s Howlett Wild Animal Park di Kent.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Gambar kontroversi yang memaparkan Tansy yang ketika itu berusia 18 bulan dibiarkan bersama seekor gorila di sebuah zoo milik ayah bayi ini di Kent

Pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama mereka setelah terpisah selama lebih kurang 15 tahun. Djalta dikembalikan ke habitat semula jadinya pada tahun 2002.

Walaupun mereka telah lama terpisah, kedua-duanya dilihat masih mengingati satu sama lain. Mereka saling berdakapan dan bergurau sesama mereka di Gabon.

Tansy membesar dengan hidupan liar di Zoo Howletts sejak kecil lagi

Setelah lebih 15 tahun terpisah Tansy dan Djalta bertemu semula di sebuah hutan di Gabon

Kawan lama: Djalta berlegar berhampiran sebatang sungai untuk meninjau siapa yang datang melawat

Selepas menyapa Damian, Djalta mendakap Tansy untuk menyambut kedatangannya

Tansy yang kini berusia 25 tahun dan bekerja sebagai pereka barang kemas berkata, “ Saya dan adik saya Clary sering bermain dengan Djalta dan Bims dan kadangkala kami akan ke kandang mereka untuk bertemu dengan gorila yang lain. Mereka sudah seperti adik beradik kami.”

“Kali terakhir saya melihat mereka ialah sewaktu saya berumur 10 tahun apabila mereka dihantarkan ke Gabon,” tambahnya…

Berpelukan: Tansy menganggap Djalta sebagai salah seorang daripada ahli keluarganya

Tansy dan ayahnya Damian berkongsi minat yang sama untuk memulihara hidupan liar

Tansy sewaktu masih bayi bersama ibunya dan seekor gorilla di zoo milik ayahnya di Kent

Pertemuan semula Tansy dan Djalta boleh ditonton pada video di bawah ini. Jangan lupa kongsikan video ini dengan rakan dan kenalan anda!

Sumber: The Earth Child

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *