Masih Ingat Perkahwinan Kontroversi 15 Juta Kalah Datuk Siti Dahulu! Artis Wanita Ini Berwajah Cantik Ini Berkhawin Dengan VVIP Tetapi Identiti Suami Beliau Sehingga Kini Ini Masih Rasia!! Lihat Gambar terkini Beliau Masih Cantik Dan Suami Beliau

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah Syella Kamaruddin ini kalau diimbas kembali memang penuh epik. Kalau anda masih ingat, bekas penyanyi awal tahun 2000 ini pernah muncul dengan kontroversi perkahwinan yang dikatakan melibatkan kos sehingga RM15 juta! Kos RM15 juta itu turut merangkumi hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta dan sebuah kereta sport mewah Audi R8. Kalah Siti Nurhaliza tau!

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Apa lagi, berpusu-pusulah para wartawan mengejar kisah perkahwinannya yang sekaligus menenggelam impian ‘wedding of the year’ mana-mana artis yang turut berkahwin pada akhir tahun lepas.

kenal siapa Syella? mesti ramai yg kenal sebab sekitar tahun 90-an, dia sangat terkenal dengan lagu “Menangis dalam hujan”..

selain berwajah cantik, dia juga sangat berusaha keras utk berjaya. kalau dulu2..selalu jugak baca stetmnet dia yg idop susah, sara keluarga dengan meniaga dan mcm2 lagi..

nama syella jugak sellau dikaitkan dengan VIP dan VVIP sebab penampilan dia yg seksi dan selalu menarik banyak mata memandang.

apapun.. nak tersembam jugak la tuan tanah ke jubin lantai td bila baca metro, yg tajuknya, perkahwinan syella 15 juta..

terus google kan.. ni la hasilnya.. hehe.. meh kita tgk!!

Apa yang menarik perhatian bukanlah perkahwinan yang diadakan secara tertutup ini, tetapi nilai hantaran yang diperolehi oleh
Syella. Selain dihadiahkan sebuah
banglo bernilai RM5 juta.

“Memang saya telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini, tetapi majlis pernikahan kami bukan pada Jumaat lepas (11 November). Kami telah bernikah pada bulan September lalu. Gambar-gambar yang tersiar di internet itu adalah gambar-gambar ketika majlis resepsi dirumah ibu bapa saya di Cheraspada 11- 13 Nov lalu. Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai,” ujar Syella membuka cerita.

Ditanya mengapa dia seolah-olah
menyembunyikan perkahwinannya itu , Syella memberitahu dia tidak pernah
berniat untuk berbuat begitu. Jelas penyanyi jelita ini, memang majlis pernikahannya diadakan dalam majlis tertutup,tetapi majlis resepsinya baru-baru ini menjemput kira-kira 3000 orang tetamu.

“Saya tidak maklumkan kepada pihak media bukan kerana hendak sembunyikan perkara ini, tetapi saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular. Album baru pun tidak ada. Alih- alih hendak jemput pihak media datang ke majlis perkahwinan. Saya rasa macam tidak kena. Sebab itulah saya jemput
saudara-mara, rakan-rakan dan
jiran-jiran sahaja. Bukan ada sebab lain. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua orang adiksaya ,Efa dan Ijam yang bernikahOktober lalu,” jelas Syella lagi.

Dalam masa yang sama, Syella turut mengakui majlis perkahwinannya itu menelan belanja RM15 juta seperti yang dilaporkan. Jelas Syella, jumlah
itu termasuk nilai barangan hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami
keluarkan sendiri. Bukan tajaan
mana-mana pihak, Saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.

Biarlah orang hendak buat spekulasi. Saya berkahwin bukan kerana harta. Saya sendiri sudah punya wang dan harta berkat beberapa perniagaan yang saya jalankan. Kalau orang masih tidak percaya, apa yang boleh saya buat,” ujar Syella.

Fakta:

-Syella enggan mendedahkan
nama suami serta gelaran yang
diperolehinya selepas berkahwin
(Datin, Datin Sri atau Puan Sri)
kerana menghormati permintaan
VVIP itu.

-Syella juga enggan mengulas sama ada dia berkongsi suami atau tidak.

-Syella ambil keputusan berkahwin dengan suaminya sekarang ini setelah mendapat petunjuk ketika menunaikan umrah pada April lalu.

-Syella menafikan dia berkahwin kerana harta. Jelasnya, dia sudah memiliki kemewahan daripada beberapa perniagaan yang dijalankan.

-Dua pasang gaun yang digayakan ketika majlis resepsi itu adalah rekaan Hatta Dolmat dan setiap satu daripadanya berharga RM60,000.

-Pasangan ini telah berbulan madu selama dua minggu di Eropah pada September lalu.

-Syella dan suami merancang untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat

Sumber- http://payedd87.blogspot.my

Ohbulan.com

Gambar Terkini bersama Suami!!

Bukan niat Abang Nara untuk memblurkan gambar suami Syella Kamaruddin. Seperti mana yang anda semua ketahui, sememangnya identiti suami Syella Kamaruddin mahu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Jadi untuk menjaga hati ramai pihak, Abang Nara dengan rela hati memblur gambar suami tercinta Syella Kamaruddin.

syella kamaruddin dan suami

Namun daripada gambar-gambar yang ada, jelas terpancar kebahagiaan di wajah Syella. Semoga berbahagia Abang Nara ucapkan. Bagi Abang Nara, usia bukan faktor menentukan kebahagiaan rumah tangga seseorang. Orang kata lagi berusia lagi banyak pengalaman. Tak gitu?

Lagi 10 keping gambar Syella Kamaruddin dan suami dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber : gengjoyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *