Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
BAYANGKAN anda bergaji kira-kira RM1,000 berdasarkan tangga gaji minimum yang ditetapkan kerajaan pada Julai lalu, kemudian menderma RM1 kepada pengemis.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Seorang pengemis pula meminta sedekah daripada orang ramai di mana-mana sahaja dan memperoleh hasil kira-kira RM150 sehari.
Jika pengemis terbabit mengemis selama 24 hari dalam sebulan, maka dia mampu mengutip sebanyak RM3,600.
Selain itu, jika dia melakukan aktiviti tersebut secara berterusan tanpa mengambil ‘cuti rehat’ selama sebulan, maka pendapatannya akan meningkat kepada RM4,500.
Jika dihitung untuk tempoh setahun, maka pendapatan pengemis warga asing boleh mencecah RM43,200 (RM3,600 x 12 bulan) atau RM54,000 (RM4,500 x 12 bulan).
Berdasarkan jumlah tersebut, gaji pengemis warga asing menyamai gaji seorang pegawai atau eksekutif kanan yang bekerja selama beberapa tahun di sebuah syarikat swasta.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), satu analisis dibuat dan kesimpulannya mendapati jumlah pengemis warga asing meningkat kira-kira sekali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Perbandingan telah dibuat sejak 2013 sehingga Jun tahun ini. Peningkatan ketara dapat dilihat apabila jumlah pengemis warga asing pada 2013 adalah 194, meningkat kepada 381 orang pada 2014.
Jumlah tersebut mencatatkan peningkatan berdasarkan statistik enam bulan pertama tahun ini mencecah seramai 435 orang berbanding tempoh setahun pada 2015, sebanyak 412 orang.
Tidak mustahil angka tersebut akan terus meningkat sekiranya masyarakat tiada kesedaran untuk terus memberi sumbangan kepada pengemis warga asing.
Adalah lebih tepat jika sumbangan diberi terus ke rumah anak yatim, golongan miskin luar bandar atau bandar dan asnaf.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM, Roslan Baba melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pengemis terutama warga asing sejak kebelakangan ini.
Menurut beliau, satu perbelanjaan besar terpaksa dikeluarkan untuk membanteras kegiatan mengemis dan kerajaan menanggung kerugian apabila pengemis terbabit yang ditangkap dihantar pulang ke negara asal mereka.
Pengemis kaya kerana rakyat Malaysia pemurah
Lambakan pengemis khususnya warga asing di negara ini berpunca daripada sikap pemurah rakyat yang mudah bersimpati dengan mereka.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Roslan Baba berkata pengemis menggunakan pelbagai cara meraih simpati termasuk keadaan kesihatan mereka serta kanak-kanak yang dibawa sehingga mereka mampu meraih kutipan sehingga RM100 dalam tempoh 3 jam.
“Ada pengemis menggunakan kaedah keagamaan dalam mengutip derma sehingga mengelirukan masyarakat. Sekiranya mereka golongan asnaf, kerajaan sudah mempunyai saluran membantu mereka,†katanya kepada pemberita selepas menyertai kempen membanteras pengemis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh malam tadi.
Roslan berkata pada musim perayaan, pengemis mampu meraih pendapatan sehingga ribuan ringgit disebabkan sikap pemurah rakyat negara ini.
Beliau berkata dianggarkan 95% pengemis di Kelantan adalah warga asing Thailand, Myanmar dan Kemboja.
“Kebanyakan mereka menyewa rumah di sini dan sekiranya ditangkap mereka akan dihantar pulang ke negara asal namun mereka tidak serik kembali ke sini kerana jarak yang dekat,†katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat bersama dalam kempen membanteras pengemis sebelum ia menjadi “wabak†dalam masyarakat negara ini.
SUMBER : Utusan Online
SUMBER : FMT