Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Perodua Myvi kini telah menjadi salah satu kereta ikon iaitu antara kereta yang terlaris dijual di Malaysia . Namun malangnya prestasi tersebut mungkin sedikit tercalar dengan pemandu Perodua Myvi yang sering terlibat dalam pelbagai kes di jalanraya yang menjatuhkan reputasi pengguna Myvi apabila pengguna kenderaan tersebut telah di copkan sebagai pemandu yang bermasalah dan berlagak.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Beberapa hari lepas viral pula seorang lelaki yang menaiki Myvi telah dianggap samseng jalanan apabila cuba menyekat sebuah lagi kenderaan yang merakamkan kejadian tersebut lelaki tersebut kelihatan bengang dan marah sambil meyekat kenderaan mangsa dan memaksa mangsa keluar dari kenderaan untuk bergaduh . Mangsa iaitu perakam video dikatakan membawa emaknya yang sesak nafas kerana panik dengan situasi tersebut.
Mangsa walaubagaimanapun tidak menghiraukan samseng jalanan tersebut dan meninggalkan samseng jalanan tersebut tanpa bersemuka dan membuka pintu kereta seperti yang diarahkan oleh lelaki tersebut . Tidak dapat dipastikan apa motif pemandu Myvi tersebut namun ianya sememangnya motif buruk jika dilihat dari mata kasar berdasarkan video viral yang dirakamkan oleh mangsa samseng jalanan tersebut.
Kes tersebut menjadi viral di laman sosial namun ada juga yang mengatakan bahawa mungkin mangsa telah melakukan kesalahan yang menyebabkan pemandu Myvi tersebut mula bengang dan bertindak kasar. Namun ianya jelas tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat dan menyerang penmandu kenderaan lain.
Dia nak pesan apa sebenarnya ni…jangan jadi macam dia ka apa?? Hahaha bukan apa…tengok dalam video pun, dia yang macam nak himpit myvi tu..mana orang tu tak marah…pastu lari..tau goyang
Pesanan yg sebenar:
‘Berhati-hatilah semua jika jumpa pemandu cuai seperti saya’
SUMBER : alerttvmalaysia