Wak Doyok Hadiahkan Banglo Untuk Ibu, Besarnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Siapa tidak kenal dengan personaliti fesyen, Wak Doyok bersyukur apabila impian menghadiahkan rumah banglo buat ibunya yang berusia 76 tahun itu tercapai.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Figura yang senang dipanggil Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 36, berkata sudah lama dia menyimpan hasrat untuk berbuat demikian demi keselesaan orang tuanya.

“ Syukur Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya memberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.

“ Tidak ada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki. Selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media.

“ Dan matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia,” kongsinya menerusi satu video pendek yang dimuant naik di akaun Instagramnya semalam.

Ujar Wak Doyok lagi, video itu dimuat naik bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu berkongsi kesusahan yang pernah dialaminya sebelum ini.

“ Sejujurnya saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.

“ Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali, rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu.

“ Betapa peritnya saya lalui liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini. Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain.

“ Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anaknya berjaya.

“ Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Ini semua adalah hak ibu saya.

“ Saya hanya menumpang sahaja. Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih, bini Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa.

“ Tetapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayangilah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir,” coretnya.Sumber newscoviral

Di sebalik kejayaan seseorang tu mesti pernah lalui zaman naik jatuh ketika meniti cita-cita yang ingin dicapai. Bukan senang nak cari duit untuk menampung kehidupan seharian sekarang ni. Kalau kita kerja keras dan fokus 100% apa yang kita nak, mesti akan tercapai punya.

Tak terkecuali abam fashionista misai lentik ni, sebelum jadi popular macam sekarang macam-macam dugaan yang Wak Doyok terpaksa lalui. Iya lah, orang cakap memang takde jalan senang untuk berjaya kan. Memang Wak Doyok ni dulu dari kerja kuli hingga lah jadi ikon remaja di Malaysia ni.

“Aku pernah menjadi buruh kasar..”

Ingat aku 7 tahun 2008 dulu aku pernah susah ya Allah saja yang tahu. Bagai mana kehidupan yang bergitu sempit sampai kawan-kawan semua meninggalkan aku disebabkan aku telah jatuh miskin dan di buang kerja. Aku pernah menjadi buruh kasar di port klang menurunkan kereta mewah 3 hari tak tidor dengan gaji rm5 satu jam. Kereta GTR35 ini lah 1st time aku pernah bawah turun dari kapal.

Tanam hidup untuk berubah

Orang tak tahu kehidupan aku sebelom ini pernah susah yang orang tahu hanyalah bercakap yang tidak betul kutuk,dengki,maki dari semua itu lah aku membuat kan jati diri aku untuk terus berubah. Aku dah tak mahu menjadi susah lagi aku tanam kan hidup aku untuk berubah dan terus kan kehidupan aku seterusnya.

Pernah kerja sebagai kelindan lori bawa barang kilang

Hari demi hari aku lalui liku-liku yang amat pahit disebab kan aku kehilangkan kerja tapi aku tidak patah semangat untuk aku terus mencari kerja baru lalu aku dapat kerja sebagai seorang kelindan lori satu 1 tan membawak barang2 untuk kilang. Tatapi kerja itu hanyalah contrak sahaja apabila tamat nya contrak aku tiada kerja lagi. Pada masa itu aku kerja jugak sekadar ambik upah buat rumah,potong rumput dan membaik pulih vespa.

“Allah itu maha agong..”

Allah itu maha agong dan kaya aku berdoa tak putus2 hingga lah dia bagi petunjuk untuk aku menjadi sekarang ini semua telah di takdirkan oleh nya. jadi aku harap kepada followers aku yang telah follow aku pada tahun 2010 sejak 1st time aku buat ig ini mereka tahu lah jalan hidup aku macam mana dan pernah aku cerita kan jalan hidup aku niat aku nak buat kan mak ayah aku bahagia mereka dah berusia apa yang boleh buat hanya lah membuatkan mereka bahagia itu saja sebagai anak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Like FB lubokviral

Sumber ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *