Masih Ingat Kisah Dua Sahabat Yang Kini Menjadi Madu. Para Suami Yang Teringin Kahwin Dua Boleh Ambil Tips Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

” Semasa berbuka dan bersahur bagaikan tidak sempurna jika tidak bersama madu, justeru saya akan pastikan kami bersama.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

” Syukur Alhamdulillah, tahun ini adalah kali pertama menjalani ibadat puasa bersama madu dan berasa sangat meriah selain memberi makna tersendiri buat diri saya,” kata Ida Nirwana Marzuki atau mesra disapa Ida, 26, yang teruja menjalani ibadat puasa bersama madunya, Norinie Rahmad, 35.

Katanya, sejak bermadu dan tinggal bersama di kediamannya dan suami, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, tahun lalu di Taman Permaisuri, Cheras, segala yang dilakukan termasuk rutin hariannya adalah bersama Norinie.

” Tidak dapat digambarkan perasaan apabila masak berbuka dan bersahur sekali dengan madu. Sejak hari pertama menjalani ibadat puasa rutin harian adalah bangun seawal 4 pagi untuk bersahur bersama.

” Memang saya paling teruja apabila waktu memasak hidangan terutama bersahur kerana saya dan madu dapat bertukar idea mengenai menu istimewa yang akan dihidangkan untuk suami tersayang.

” Sebab itu, ia sekali gus menimbulkan suasana meriah termasuk pelbagai hidangan yang dimasak. Suami juga memang menggemari setiap hidangan yang dimasak oleh saya dan madu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Tambahnya yang juga ahli perniagaan, Ramadan kali ini juga berbeza dari tahun sebelumnya apabila dia, suami dan madu bersama-sama menjayakan Vendoria Ramadhan 2017 yang sudah pun bermula sejak 26 Mei hingga 21 Jun ini di Putra Mall.

” Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai rezeki bermadu. Majlis berkenaan turut dijayakan oleh barisan artis terkenal termasuk penyanyi Mawi dan pelakon Norish Karman.

” Sebenarnya kami bertiga memang agak sibuk sepanjang puasa ini namun saya akan memastikan setiap kali berbuka dan bersahur, ia dilakukan bersama suami dan madu.

” Semenjak hari pertama berpuasa iaitu pada 27 Mei lalu, rutin harian adalah bangun seawal 4 pagi dan memasak hidangan untuk bersahur. Kemudian ke Putra Mall seawal 10 pagi bersama suami dan madu,” katanya yang juga ibu kepada seorang anak lelaki.

Menurutnya, menjalani ibadah puasa bersama madu tidak menimbulkan sebarang masalah sebaliknya menjadikannya dan madu lebih akrab dan memahami tanggungjawab masing-masing.

” Buat masa ini, suami juga ‘ok’ dan tidak cerewet. Jadi, memudahkan lagi saya dan madu menjalani kehidupan bersama.

” Lagipun, fokus kami bertiga adalah untuk menjayakan Vendoria Ramadhan 2017 iaitu membuka lebih 50 gerai jualan kepada usahawan di luar sana untuk mengetengahkan produk mereka.

” Oleh itu, masa kami bertiga memang banyak dihabiskan di Putra Mall,” katanya.

Kisah ini tular pada September 2016, Ida menjadi perhatian apabila memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan Norinie sebagai madunya.

Menurut mereka ia dilakukan atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak sendiri.

Tambah beliau, tindakannya untuk memujuk suaminya supaya menerima Norinie dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kaki Tular.

Sumber: Harian Metro

Add Comment