USAHAWAN KOSMETIK “SAFIEY ILLIAS” DIRASUK JIN HINGGA HISTERIA

Siapa Safiey Illyas

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Safiey Ilias adalah seorang lelaki biasa yang lahir di Felda Lakum, Lanchang, Pahang pada 19 Mei 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lakum dan mendapat kesemua A dalam UPSR. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Namun pembelajaran di sana hanya bertahan selama 2 minggu sahaja disebabkan homesick. Beliau terlalu rindukan emak dan ayah dan tak biasa hidup berjauhan di asrama. Beliau seterusnya meneruskan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang dan mendapat kesemua 8A dalam peperiksaan PMR. Disebabkan kecemerlangan itu, beliau ditawarkan ke sebuah lagi Sekolah SBP iaitu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK).

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Semenjak berpindah ke Kuantan, beliau merasakan kos sara hidup di sana agak tinggi. Ayahnya cuma mempunyai kereta Kancil untuk menghantar beliau ke sekolah.

Saya tak macam anak orang lain yang tiap-tiap minggu keluar outing ke bandar. Ada yang tiap-tiap minggu mak ayah datang hantar makanan dan KFC. Rasa jealous sangat masa tu. Disebabkan desakan nak juga hidup senang sedikit seperti kawan lain di samping untuk tak menyusahkan mak ayah, saya mula buat bisnes dari asrama sekolah.

Beliau seterusnya mulakan bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship untuk produk kecantikan seperti suntikan pemutihan kulit dan pil jerawat. Satu kotak produk dapat menjana keuntungan margin yang tinggi iaitu RM50 hingga RM200. Beliau seperti tidak percaya ada pelanggan wanita yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli produk kecantikan itu walaupun harganya agak mahal. Mungkin kurang persaingan pada waktu itu.

Saya gunakan Facebook sahaja pada masa tu. Setiap hujung minggu saya akan keluar outing atau pinjam laptop cikgu. Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yang sediakan sewaan surf internet dengan harga RM2 sejam. Jadi saya guna peluang itu untuk buat duit.

Masa itu lah saya gunakan untuk ambil database customer. Saya biasanya akan minta maklumat pelanggan seperti nama, no telefon, alamat dan email customer yang berminat dengan produk tu. Kemudian, saya akan tulis maklumat tu dalam sebuah buku tulis. Saya tak ada telefon di asram , jadi saya gunakan telefon asrama untuk call supplier dan customer saya.

Sementara itu, pada waktu malam selepas habis kelas prep (belajar), saya akan call customer. Masa tu banyak la duit syiling dan kad telefon saya ada. Senang untuk call customer. Setiap orang saya akan call untuk tanyakan sama ada dah dibuat bayaran atau belum. Pada waktu itu saya cuma ada akaun Bank Rakyat sahaja. Selepas dah confirm bayaran, saya akan terus call supplier dan supplier akan poskan barang yang dipesan.

Semakin hari semakin banyak untung saya dapat dan sekarang saya dah boleh beli stock sendiri. Masa tu saya jual produk sabun muka, bb cream, mask dan pelbagai lagi. Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka saya pun memang banyak jerawat. Maklumla zaman remaja sekolah hormon tengah tak berapa stabil.

Sebuah video tular  menunjukkan Safiey illias seorang usahawan kosmetik dirasuk menarik perhatian netizan. Suara Safiey berubah menjadi garau memarahi sesuatu yang tidak dapat dipastikan.

Melalui dialog dalam video itu, jelas kedengaran  bahasa yang digunakan seperti bahasa dari pantai timur.

“Hantarlah segala sihir yang awak nak hantar, sikit pun saya tak gentar! Tah kisah la awal artis ke apa. Allah berkuasa makhluk tak ada kuasa” berikut luahan Safiey dalam salah satu statusnya di aplikasi Instagram.

Harap individu yang hantar jin ni kena balasan nanti. Semoga Safiey terus  tabah menerima dugaan ini. Mungkin ada orang dengki dengan kemajuan yang dia ada sekarang.

 

Pelbagai reaksi netizen yang memberi komen dalam instagram beliau, ada yang bersimpati tidak kurang juga yang melemparkan komen negatif terhadap insiden berkenaan.

Sumber ratusembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *