DIKECAM NAMA ANAK PANJANG, IBU TAMPIL BERI PENJELASAN

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara semalam mengumumkan nama terpanjang pernah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun lalu adalah Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Nama tersebut walaubagaimanapun menjadi bahan tawa netizen kerana dirasakan keterlaluan. Tampil memberi penjelasan, ibu  memberitahu nama anaknya ada maksud tersendiri.

Jawapan puteri mudah

Assalamualaikum

Terutama sekali terima kasih dan alhamdulilah di atas segala nikmat dan kurniaan dari Allah S.W.T.

Terima kasih juga kepada Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya yang telah pun mengumumkan bahawasanya setakat ini nama anakanda Puteri Tujuh adalah nama yang terpanjang dalam rekod JPN dan Malaysia.

Bukan nak cari publisiti, bukan nak glamour. Abang dia pun pemilik nama yang panjang.

Manakala kakaknya juga begitu

Banyak pihak yang bertanya tak kesian ke nama anak panjang panjang, nak angkat nikah susah dan sebagainya

Jawapan puteri mudah

Apa nak susah, Allah kan ada. Kalau Allah tak izin nama mereka pun tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Dah termaktub dan sudah tertulis. Allah lebih berkuasa biarpun puteri mahupun ayahanda mereka bercadang mahupun berhajat. Kalau Allah tidak izin maka ianya tidak akan berlaku. Doakan yang baik-baik. Allah permudahkan urusan mereka kelak. Amin

Ingin puteri katakan disini bukan sahaja Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra memiliki nama yang panjang. Sebenarnya abang dan kakaknya juga sama.

Setakat ini alhamdulilillah Islam tidak melarang meletakkan nama anak-anak terpanjang namun Islam menggalakkan nama anak dengan maksud yang baik. 

Dan alhamdulilah nama nama tersebut jua mempunyai maksud tersendiri dan makna tersendiri di sebalik 7 bulan dalam kandungan Puteri Tujuh. Dan mempunyai jalan cerita mereka sendiri. Dan nama tersebut diberi oleh ayahanda mereka. 

Luar biasa hanya Allah saja yang tahu

Namun begitu Puteri Tujuh sebagai ibu yang melahirkan mereka sentiasa mendoakan agar kelak mereka menjadi insan jutawan dan dermawan. Demi membantu dan sentiasa merendah diri membantu semua makhluk Allah. Dan juga Puteri Tujuh percaya mereka juga punya pancaindera ke enam yang jauh lebih mantap dari bonda mereka. Dan gunakan ilmu pancaindera ke enam mereka demi alif ba ta.

Suatu hari apa yang berlaku kita tidak akan tahu. Masa tidak akan menunggu kita. Namun kita boleh mencuba pada hari ini untuk kita jadikan ianya satu kenyataan dimasa mendatang.

Semoga Allah melindungi anakanda Puteri Tujuh walau dimana mereka berada kerana dunia akan tahu inilah legasi susur galur keturunan Puteri Tujuh. Amin amin

Semoga anda semua dirahmati Allah selalu. Amin

Sekian saja penjelasan dari Puteri Tujuh

Salam praktisi spiritual Malaysia/Indonesia

Puteri Tujuh

Biarlah orang nak kutuk

Inilah wajah pemilik nama terpanjang yang diumumkan oleh JPN-

Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra

Auraku sayang,

Biarlah orang nak kutuk, kecam apa saja tentang nama awak. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu sayang. Moga kelak, menjadi insan yang disegani suatu hari nanti.Amin

Buat adindaku,

Bertabahlah, ini semua hanya sementara sahaja.
Tidak perlu hiraukan apa komen-komen negatif dari netizen. Anggap ini semua ujian dan kritikan yang membina. Berbanggalah, memilik anak bertuah!

Yang orang lain dok sibuk kalut nak susah hati satgi nak sekolah payah nak tulislah, masa nak nikah bakal suami susah nak sebut nama laa,itu ini laa.. Padiaa hampa ni semua??? Dah tentulah nama dia sendiri, dia boleh hafal. Doa yang elok-elok sudah, itu yang terbaik.

Biarlah apapun netizen diluar sana nak kecam atau nak kata apa-apa yang negatif, bagi aku nama penuh Aura sangat unik dan tercatat dalam sejarah negara kita, Malaysia. Nama kau hadoooo???

#fikirpositif

#anakbertuah

#anakjatisungaipetanikedah

Sumber : Puteri Tujuh , Fina Ariffin

Add Comment