Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Baru-baru ini tular sebuah video gelagat seroang lelaki warga emas berbangsa Cina yang telah menarik perhatian netizen. Video tersebut menarik perhatian apabila dia dilihat memerhati dengan khusyuk beberapa orang lelaki yang sedang berjemaah di dalam sebuah bagunan di sekitar Jalan Raja Laut.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Lebih menarik perhatian adalah Uncle tersebut bukan sahaja memerhati dari luar, sebaliknya dia kelihatan seperti cuba mengikut apa yang jemaah di dalam bagunan lakukan iaitu bersolat.
Sementara itu sekeping gambar dan sebuah video telah dimuatnaik ke laman Facebook oleh saudara Mohd Azlan Omar apabila ada di antara mereka sempat merakam gelagat Uncle ini sewaktu menuju ke sana untuk solat berjemaah.
Beliau memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang solat selepas baru selesai menjalankan satu program bersama gelandangan.
” Uncle itu melihat tanpa berkelip mata dan tangan beliau mengikut apa sahabat-sahabat di dalam bangunan tu lakukan,” tulisnya
Difahamkan pada masa itu jemaah di dalam bangunan sedang menunaikan solat Isyak secara berjemah, sementara bangunan itu yang bercermin dan dapat dilihat dari luar.
Tambah beliau lagi, turut memuatnaik sebuah video dengan menyatakan mungkin kerana kemerduan alunan ayat-ayat suci Al Quran buatkan beliau terpegun dan tertarik sehingga sanggup berdiri agak lama di luar bangunan tersebut.
” Sebab itu malulah kita yang beragama Islam lalai dengan tidak melakukan ibadah solat. Ayuh umat Islam solat itu tiang agama” tulis beliau bersama video di bawah.
Ada juga netizen yang membuat komen mengatakan Uncle tersebut kelihatan seperti kurang waras dan hanya mengikut pergerakan orang yang sedang bersolat.
Sementara ada yang berpendapat waras atau tidak itu bukan persoalannya, kerana apa yang ingin ditonjolkan bagaimana seorang bukan Islam pun berminat untuk bersolat inikan pula orang Islam sendiri yang segelintir tidak bersolat.
Walau apa pun niat dan tujuan Uncle itu berbuat demikian, kita doakan semoga beliau sentiasa dilindungi dan mendapat hidayah daripadaNya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: siakapkeli