Sungguh Saayuuu Dato Aliff Syukri Dan Pasangan Datin Meluahkan Kata Kata Membuatkan Netizen Merasakan Sebakk Sekali

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Video Sungguh Sayuu pasangan Dato Aliff Syukri dan Datin meluahkan kata kata yang  membuatkan netizen menitis airmata.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Datin Shahida dan juga Dato Aliff Syukri tidak asing lagi nama nya dalam dunia perniagaan kosmetik dan juga semakin berjinak jinak dalam industri seni. Nama yang kini disebut sebut oleh netizen dan juga mempunyai pengikut pengikut yang ramai dalam laman instagram mereka. Sungguh sayu apabila pasangan ini meluahkan kata kata dalam sedutan dalam rancangan Official Hlive.

(Video Penuh Dibawah)

memang touching habis lihat video ni kan..

Sumber : IG official Hlive / kakitapau

Video Penuh:

Cerita Seterusnya, Dato Aliff Syukri Dedah Kisah Perkenalan Dengan Isteri

Sedar tak sedar, nampaknya perkahwinan pasangan usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudahpun memasuki tahun yang ke-11.

Pasangan bahagia ini tidak lokek bercerita tentang pengalaman romantis sewaktu mula-mula berkenalan, berkawan dan akhirnya menjadi suami isteri.

Kata Aliff menerusi kiriman Instagram, dia bagai tidak percaya wanita yang pada awalnya tidak mempunyai persefahaman dengannya itu akhirnya menjadi pasangan hidup.

Aliff akui sukar untuknya menolak sekiranya itulah jodoh yang sudah ditetapkan Tuhan.

“11 tahun dulu.. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak ‘ngam’ sebab dia pendiam dan tegas.

“Saya pula gila-gila. Jadi macam tak sebulu sangat hanya kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha… padan muka,” tulis Aliff.

Manakala Shahida pula berkongsi pengalaman sewaktu naik pelamin dengan Aliff.

Kenyataan yang dimuatkan di kapsyen Instagram itu turut disertakan foto lengkap bersongket berwarna hijau pucuk pisang ketika hari bahagia mereka.

“11 tahun lepas, warna ni tengah popular di sekitar majlis-majlis kahwin, sebab tu kita pakai baju warna ni.

“Alhamdulillah waktu ni dapat tajaan daripada Abang Mail dari Butik Pengantin Syahirah Rawang sebab dulu selalu jadi model butik dia.

“Saya kahwin umur 22, @aliffsyukriterlajaklaris waktu tu umur 20 tahun. Macam tak percaya pula dah injak 11 tahun usia perkahwinan dan nak masuk empat cahaya mata campur Ameena dan Qayyum semua dah enam orang (ramai kan anak-anak saya),” tulis Shahida.

Aliff yang disatukan dengan Nur Shahida pada 10 Ogos 2008, kini mempunyai tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Malah, mereka juga mengambil anak angkat, Ameena yang sudahpun mencecah umur 5 bulan dan Qayyum, tiga bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami

Sumber berita:iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *