Subhanallhah Pintu Langit Terbuka Kerana Doa Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang.Kuhadapkan wajahku kepada Zat yang menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus dan pasrah. Dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, begitulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim”

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Indahnya bait-bait dalam doa ini. Inilah doa Iftitah. Doa yang dibaca sewaktu kita mula berdiri bersemuka menghadap Pencipta. Menghadap penuh rasa rendah diri serta mengagungkan kebesaran-Nya.

Hukum membaca doa Iftitah ini adalah sunat, yang mana ia dibaca dalam solat selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca Surah Al-Fatihah. Walaupun hukumnya sunat, namun pahala membacanya bukan kepalang.

Doa Iftitah Gabungan Dua Riwayat

Menurut Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, doa Iftitah yang menjadi bacaan kelaziman masyarakat Islam di rantau ini adalah merupakan gabungan dua riwayat hadis yang berbeza.1

Doa pertama merupakan riwayat Ibnu Umar r.a yang bermaksud:

“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang”
Manakala doa kedua adalah merupakan ayat awal dari riwayat Sayidina Ali Bin Abi Thalib yang bermaksud:

“Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi secara lurus. Dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang-orang yang Musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah milik Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, begitulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim.”

Lafazkan Juga Walau 3 Baris Ayat Pertama

Terdapat pelbagai versi doa Iftitah ini, ada yang pendek dan ada yang panjang. Terpulang kepada kita untuk memilih versi yang mana asalkan kita tetap mahu mengalunkannya tatkala mengadap Pencipta.

Kuasa kehebatan doa Iftitah ini terukir dalam satu kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a,

“Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah s.a.w, ada seorang pemuda mengungkapkan 3 baris ayat pertama dari doa Iftitah, iaitu: “Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang.”
Usai solat, Rasulullah s.a.w bertanya siapa yang membaca doa Iftitah itu tadi. Selepas mengetahui siapa yang membacanya, Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa,

“Aku terkejut dengan keutamaan kalimat tersebut. Pintu-pintu langit telah terbuka kerananya!”
Kemudian Ibnu Umar r.a berikrar selepas mendengar sabda Rasulullah s.a.w dengan menyatakan,

“Maka aku tidak pernah meninggalkan bacaan kalimat itu semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu.”

Sesungguhnya doa Iftitah ini memiliki kehebatan yang luar biasa sehingga pintu langit bisa terbuka kerananya. Maka dengan terbukanya pintu langit ini bermakna cepatlah doa kita akan sampai kepada-Nya dan dikabulkan segera dengan izin dari-Nya.

Justeru itu sahabat bacalah, walau hanya tiga baris ayat.

SUMBER : tazkirah.net

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah

sumber : karteldakwah

One thought on “Subhanallhah Pintu Langit Terbuka Kerana Doa Ini

  1. Assalamualaikum.alhamdulillah dengan membaca post ini sedikit sebanyak dapat jmenambah pengetahuan dalam agama.jadi saya terfikir begini.kalau dengan membaca doa iftitah ini membuka pintu langit seperti yang ter sebut dalam hadis tadi tentu lah terbuka luas seluas luasnya pintu langit kerana berjuta umat islam di seluruh dunia yang membaca doa tersebut.mungkin pintu langit tak sepat tertutup lantaran waktu solat umat yang sambong menyambong kerana waktu solat berbeza beza di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *