Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Bukan sedikit tetapi berjuta orang menggunakan kapal terbang setiap hari. Mereka mengambil pengankutan paling mahal ini supaya mereka lebih mudah dan cepat untuk tiba ke destinasi yang dituju tanpa perlu memikirkan tentang kesesakkan lalulintas atau masa perjalanan yang terlalu lama.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sedihnya, apabila penumpang yang telah sampai ke destinasi yang dituju terkejut apabila mereka mengambil semua bagasi mereka dan dapati terdapat kerosakkan atau cacat cela. Mereka memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat penerbangan untuk menjaga harta mereka tetapi lain pula jadinya.
Kami telah mendengar berita mengenai perkara-perkara seperti ini tetapi baru-baru ini, seorang penumpang di Cathay Pacific Airways memfailkan bahawa salah seorang pekerja yang ditugaskan menjaga bagasi telah bertindak kasar. Dia seperti sedang menghadapi masalah dan dari raut wajahnya terang terang nampak bahawa dia sedang marah ketika melakukan tugasnya.
Insiden itu dilaporkan berlaku di lapangan terbang Hong Kong dan dikongsi oleh penumpang Marcela Fernanda Solis Walker pada penerbangan Cathay Pacific Airways CX5617 dari Xiamen, China ke Hong Kong, menurut Expat Readers.
Video itu menunjukkan empat lelaki berdiri di hadapan tempat penghantar bagasi untuk krew sambut dan letakkan ke dalam tempat sepatutnya. Dua orang hanya berdiri di sebelah manakala dua yang lain adalah orang-orang yang terpaksa mengambil barang dari tempat penghantar ke kawasan sepatutnya dan jaraknya hanya beberapa langkah sahaja.
Yang menyedihkan dalam rakaman tersebut jelas kelihatan krew tersebut tidak peduli sama sekali dengan bagasi penumpang dan hanya mencampakkannya tanpa menghiraukan apa isi kandungan bagasi tersebut. Sekiranya ada barang berharga sudah semestinya akan mudah rosak atau pecah.
Rata rata hampir kesemua beg dicampak begitu sahaja dan lebih mengejutkan apabila terdapat 2 kotak ( 1besar 1kecil) yang terang terang tulis ‘FRAGILE’ tetapi krew tersebut tidak endahkan amaran itu dan terus mencampak kotak tersebut.
Rakaman video itu menjadi tular dan netizen mula mengecam tindakan krew penerbangan tersebut. Ada yang mengatakan kemunkinan krew tersebut tidak suka dengan kerja itu dan sebab itu apa dia buat memang tidak ikhlas
Netizen mula mempersoalkan kenapa mereka perlu membayar tiket penerbangan yang mahal sedangkan layanan yang diberikan tidak setimpal yang dibayar.
Setakat ini tiada laporan rasmi dari syarikat penerbangan tersebut.
SUMBER : RachFeed by KL Viral