Kenapa Wanita Melayu Senang Kena Rasuk. Jawapan Mengejutkan JIN Ini Buat Ramai Terdiam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah ini diceritakan tentang seorang bomoh yang telah berdialog dengan jin yang suka merasuk orang. Apabila ditanya punca kenapa wanita melayu yang selalu kena rasuk dan histeria, dan tidak wanita dari kaum lain Cina atau India yang kena, ini jawapan mengejutkan jin yang buat ramai terpana.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kebanyakan Pelajar Asrama Wanita Selalu Kena Histeria

Sila berhati-hati terutama kepada mereka yang mempunyai anak gadis di sekolah berasrama. Misteri! Persoalannya kenapa hanya pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk? Boleh dikatakan kes ini kebiasaannya berlaku diruang pelajar perempuan membasuh kain, atau lebih tepat asrama puteri.

Pernahkah walau sekali anda mendengar di akhbar atau berita tv tentang gadis India atau Cina terkena rasukan?Ramai pasti menjawab tidak pernah. Jika pernah, admin mohon untuk berkongsi kisah tersebut di ruangan komen beserta dengan bukti sekali. Kalau ada video lagi bagus.

Jadi persoalan tadi, di mana salahnya. Kenapa harus hanya anak gadis Melayu sahaja yang terkena rasukan atau histeria ini. Ada yang mengatakan bahawa jin hanya mengganggu gadis beragama Islam sahaja kerana memang tujuan asal mereka pun untuk menyesatkan manusia terutama beragama Islam. Kalau dah kristian, nak sesatkan apa lagi betul tak.

Bagaimanapun perkongsian di bawah ini menjawab persoalan dengan lebih tepat. Jom kita ikuti percakapan antara bomoh Melayu dan syaitan. Misteri di asrama puteri akhirnya terjawab.

BOMOH BERANI JUMPA JIN

Pada suatu hari, di sebuah sekolah di sebelah pantai timur, dikatakan ada seorang ketua bomoh Melayu yang sangat berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar-legar di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah tersebut.

Sewaktu tiba di sebuah bilik, ketua bomoh pun telah membaca sejenis mantera. Tidak dapat dipastikan jenis bacaan mantera tersebut samada berbentuk ayat suci al-quran atau bagaimana. Namun, selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin tersebut.

MUNCUL JIN BERWAJAH NGERI

Tidak lama selepas itu ketua jin tersebut pun muncul dengan menunjukkan wajah rupanya yang hodoh dan jijik. hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir-hampir pengsan sebaik melihat wajah entiti tersebut.

Namun berbekalkan pengalaman dan ilmu di dada si ketua bomoh tetap kuatkan semangat sambil mulutnya kumat kamit membaca sesuatu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak gentar walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan di hadapannya.

APAKAH PUNCA SUKA RASUK WANITA MELAYU

“ Aku ingin bertanya satu soalan kepada kamu wahai Jin. Mengapakah kau rasuk pelajar sekolah di sini? Jawablah dengan sebetulnya”

“ Kenapakah hanya gadis Melayu sahaja yang menjadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam” Soal bomoh tersebut lagi dengan perasaan sedikit gementar.

Kemudian Jin tersebut mula membuka mula dan menjawab kepada bomoh tersebut…

“ Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan..
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat..
Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik..
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin aku kan jatuh..
Aduhaiii..” 

Aduhaiii sambung part Mawi! Jerit Jin tersebut kepada bomoh tersebut dengan bengis meminta bomoh tersebut untuk sama-sama menyanyikan lagu yang di popularkan semula oleh Jamal Abdillah dan Mawi itu. Saat itu kelihatan air mata bercucuran jatuh ke pipi bomoh tersebut, tidak dapat dipastikan kenapa bomoh itu menangis.

SENYUM LAH SIKIT

Begitulah al kisahnya, akhirnya persoalan terungkai kenapa hanya gadis Melayu sahaja menjadi sasaran iblis dan jin merasuk manusia.

Kami yakin anda semua tahu cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. sekadar hiburan di hujung minggu dan tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia. Dan zaman sekarang, minda dah bijak, iman dan akidah pun mantap, dah takde siapa percaya akan bomoh yang memang mengarut. Hihihi..

Lagi satu diharap pembaca jangan marah ya. Sekadar hiburan. Senyum la sikit tu dari kerja yang sangat stress tu kan. Kongsikan pada yang lain, terima kasih dari admin Lubok Viral.

Video di bawah hiasan semata-mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: khalifah mail online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *