ALIFF SYUKRI KENA KECAM LAGI TAYANG BODYGUARD DAN DENGAN BANGGA CAKAP GAJINYA SEBULAN

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Lepas satu satu Dato Aliff ni kan, suka sangat buat kontroversi. Baru sahaja semalam kena kecam dengan netizen gara-gara muat naik video dia bgi duit kat ayahnya yang mana ramai kecam dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sementara baru-baru ini tular video Aliff Syukri naik angin lagi. ” Harap je nama lelaki tapi mulut macam betina! Suka hati korang je kan mengata saya macam longkang,” katanya.

Siapa yang tak bengang, netizen fitnah kononnya dia ini adalah seorang yang kedekut sebab bagi gaji pengawal peribadinya cuma RM1000. Apa lagi, bagi membersihkan nama baiknya, Datuk Aliff telah memuat naik satu video di Instagram bagi menjelaskannya.

Macam biasa dengan mulutnya yang kecoh, dia memanggil pengawal peribadinya yang bernama Joe dan minta beliau berterus-terang tentang gajinya yang sebenar.

” Diorang yang cakap camtu sebab tak tahu apa-apa. Background abang Joe diorang tak tahu. Abang Joe ni bekas ADC Kerabat. Sekarang ni gaji Abang Joe termasuk elaun semua, lima angka.”

Dato Aliff kemudian mencelah dan memintanya beritahu gajinya, ” Berapa gaji kau, cakap sini”

Bodyguardnya itu pada mulanya tidak mahu mendedahkan jumlah sebenar tapi selepas dipaksa dia jawab, “RM10,000. Semua termasuk elaun itu ini RM10,000.” Jawab Joe

Sementara netizen membalas video tersebut dengan komen lain pula.

” Alah orang saje je sakat…gelabah…ni kalau org ckp dia pakai spender pagoda…mau dia bukak seluar nampak spender buat live.” Walaupun penjelasan sudah diberi namun mulut netizen siapalah yang boleh tutup kan?

“Ni pun nk bagitahu berapa gaji BG dia. Motif?

Dah pulak, kadang-kadang admin fikir netizen ni nak apa sebenarnya. Mula kecam, tapi bila orang bagi penjelasan mereka timbulkan isu lain pula, kecam kuasa dua ini orang panggil. Maksudnya kreatif betul netizen dalam mencipta ayat mengecam, haha.

Terdahulu, Dato Aliff Syukri pernah menyatakan yang dia risau tentang keselamatannya. Semoga dengan kehadiran Joe sebagai pengawal peribadi boleh buat Datuk Aliff Syukri rasa selamat dan tenteram.

Dah bayar mahal-mahal mestilah kena berbaloi dengan khidmat dan servisnya, betul tak?

Jom baca komen netizen di bawah;

” Apehal kalau gaji 10k pun kna bgtau kt public ke dato?! Allah tarik rezeki kamu bru kamu sedar yg kamu ni sudah tidak sedar diri rezeki untuk dikongsi dan kamu jg slh seorg perantara rzeki utk disampaikn pd org lain tapi xperlu ditunjuk2 nikmat yg kamu miliki.. Kamu semakin bongkak dan sombong.. Dulu sy suka tgok dato skrg dato sudah makin tidak disenangi oleh masyarakat krm dulu dato lbih bersederhana orgnya…”

” Ingatkan 5 angka tu 60k ke apa. Ni 5 angka ngam2. Lebih rm1 je dr 4 angka (rm9999). hahaha.. Ramai org luar gaji lebih dr tu la brade. Gaya mcm gaji 100k. Melayu jgn mudah lupa. 10k is nothing kalau x pandai menyimpan…”

” Biar kan lah dato alif dgn cara kehidupan nya begitu, x perlu lah kita kutuk dia lebih2 hanya allah saja yg tau sama ada dia nak menunjuk atau sebalik nya, sebagai sesama manusia dan juga org islam, kita sama2 lah berdoa yg baik2 utk dato aliff..nasihat utk saya dan juga pd semua yg membaca komen nie..”

” Bagus jugak dato ni bagi gaji mahal…lain orang kaya tu bagi gaji pun ceput walaupun kerja macam nak gila..kalau aku kerja dgn dato aku kerja 10tahun je dah boleh jadi jutawan..”

” Tak kesahla dato nk ambik bodyguard. Tpi carila bodyguard yg besaww sikit sado, tinggi. Dy tu lahai.. Keret je lebiy..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *