Walau Anak 3 Namun Persis Anak Dara Rahsia Amalkan Minum Susu Kunyit Untuk Awet Muda Dan Tubuh Kekal Ramping

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ada pelbagai cara yang mak-mak boleh amalkan untuk menjaga kesihatan dalaman, kekal awet muda dan bertubuh badan langsing. Salah satu cara tradisonal yang boleh dicuba adalah dengan mengamalkan minuman ‘Susu Kunyit’.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Menurut perkongsian Nurul Arija, amalan minum susu kunyit mempunyai pelbagai khasiat dan banyak kelebihannya. Antaranya ia adalah untuk kekal awet muda, malah dikatakan baik untuk percernaan dan berkesan untuk pembuangan angin dalam badan .

Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan;

“CARA NURUL JAGA PENAMPILAN UNTUK KEKAL AWET MUDA , ANAK DAH 3 ORANG TAPI MACAM ANAK DARA.”

“YA KORANG, SELAIN JAMU NURUL ADA AMALKAN BEBERAPA TIPS UNTUK MENJAGA KESIHATAN DALAMAN DAN KEKAL LANGSING.”

“TAK KIRA YANG BELUM KAHWIN ATAU SUDAH PUNYAI ANAK, SUSU KUNYIT NI BAGUS UNTUK PENCERNAAN DAN SANGAT BERKESAN UNTUK PEMBUANGAN ANGIN DALAM BADAN DAN JUGA MAMPU MENCEGAH KANSER.

Paling berkesan untuk pecahkan lemak bagi yang mahu kurus! Nurul lebih memilih cara tradisional berbanding yang moden. Dengan rela hati nurul nak share air Susu kunyit untuk sesiapa yang nak sentiasa awet muda dan body kekal ramping .

Rasa dia sangat sedap krupp krapp tergigit badam yang rangup rasa lemak-lemak manis susu campur badam.Serius sedap ! tak meloyakan, minum pagi sampai ke tengahari masih lagi kenyang .

Bahan-Bahan:
1 gelas susu segar, 2 sudu madu Asli, 4 biji badam (ditumbuk kasar), 2cm kunyit hidup (ditumbuk kasar).

Cara Membuat:

Panaskan susu segar dalam periuk dengan api sederhana.Masukkan kunyit hidup dan badam yang telah ditumbuk kasar. Tuang susu tersebut didalam gelas dan masukkan madu asli, serta kacau sebati. Siap! Selamat Mencuba!

Info Tambahan!

Minum ketika suam dan amalkan sebelum tidur 4 kali seminggu.

Jadi mak-mak yang nak cantik dan sihat, bolehlah amalkan minum susu kunyit ini selalu. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat untuk tubuh badan. yummyy . sedap ! kenyang dan bertenaga .

Sumber: Nurul Arija

Sumber Artikel: Mingguan Wanita

Artikel Lain

Jus Halia Bermadu, Yang Nak Turunkan Berat Badan Dan Buang Angin Dalam Badan Boleh Cuba

Ini salah satu rahsia buat mak-mak yang dah lama niat nak turunkan berat badan dan buang angin dalam badan, amalkan minum jus halia bermadu.

Menurut Puan Fandy Mieyza, dia biasanya buat stok banyak-banyak dan amal minum setiap pagi dan sebelum nak tidur. Katanya lagi, jus ini cukup bagus sebab boleh keluarkan angin di dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan lain-lain lagi. Haa… mak-mak bolehlah cuba, bahan-bahan pun senang je.

Bahan:
3 biji lemon, 6 inci halia, 3 cawan air, 3 cawan madu.

Cara Buat Jus Halia:
Potong lemon dan halia. Rebus dalam periuk + 3 cwn air (750 ml). Rebus hingga air tinggal separuh. Sejukkn, lepas itu blender dan campur. 3 cawan madu (lebih kurang 250ml). Masuk botol, terus simpan dalam peti sejuk.

Cara Minum:
Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur. Yang saya buat ni untuk 2 minggu je, simpan dalam peti sejuk. Kalau nak manis, tambah madu lagi dan ikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba.

sumber: pelbagai sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *