Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Ziarah ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.
Bagi musim haji tahun 1439H bersamaan tahun 2018, kira-kira 12 ribu Jemaah Haji daripada Negara China telah berjaya menunaikan fardu Haji dan mereka merupakan antara kumpulan terawal yang selesai menunaikan rukun islam ke 5 ini.
Kapal terbang carter yang membawa balik jemaah haji China kumpulan pertama telah berlepas dari Arab Saudi pada 29 Ogos lalu. Sebanyak 215 haji yang sudah menunaikan fardu kembali ke tanah air mereka.
Sehingga 11 September, 34 kapal terbang carter dari pelbagai syarikt penerbangan China akan membawa balik kesemua haji ke enam lapangan terbang di tanah air termasuk Beijing, Kunming, Lanzhou, Xining, Yinchuan dan Urumqi.
Apa yang menarik pada jemaah dari negara china ini adalah detik ketika mereka selesai mengerjakan haji untuk berangkat pulang kenegara mereka. Video rakaman yang menjadi tular seluruh dunia ini berjaya dirakamkan oleh pengawal kaabah yang menunjukkan jemaah haji dari china ini dengan berlinangan airmata mengundurkan diri tanpa membelakangkan Kaabah bagi menunjukkan rasa hormat dan meletakkan kedudukan Kaabah itu sebagai sesuatu yang mulia.
Video yang telah tular ke Malaysia dan dikongsikan ke laman sosial ini menyentuh hati penonton sehinggakan ada yang turut berlinangan airmata melihat tingkahlaku jemaah china tersebut. Video yang menunjukkan sebilangan jemaah china tersebut yang selesai menunaikan haji bertindak melambaikan tangan ke Kaabah sambil berundur untuk terus pulang ke China.
Sila tonton video penuh ini:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih