Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Seorang jejaka Melayu memilih gadis Turki sebagai isteri walau disyaratkan tinggal di negara itu kerana kos perkahwinan tidak semahal di Malaysia.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
“Urusan perkahwinan lebih mudah dan penting perbelanjaan nikah juga tidak begitu mahal, sebab itulah saya pilih gadis Turki,” kata Said Imaddudeen, 29, seperti dilapor Sinar Harian.
Anak jati Kuala Lumpur itu sanggup memenuhi syarat keluarga Ayse Karateke, 21, yang memintanya memiliki rumah sebelum bernikah dan harus menetap di negara itu.
Majlis perkahwinannya pada Ogos 2015 tidak besar dan hanya dihadiri 30 tetamu, tambahnya yang menjelaskan wanita Turki sukar menyesuaikan diri dengan budaya negara suaminya.
“Berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia apabila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja,” katanya.
Mula menjejakkan kaki di Turki pada 2008, Said belajar bahasa negara itu pada 2011 sebelum menetap di sana setahun kemudian. Beliau kini menyambung pelajaran Universiti Istanbul.
Pasangan ini mula bertentangan mata sewaktu sama-sama menyertai program di Universiti Bogazici sebelum menjalin hubungan cinta.
Sumber: themalaymailonline
6 Gaya Tudung Pashmina Ala Ayana Jihye, Hijabster Cantik Berasal Dari Korea Selatan
Merupakan seorang bekas penyanyi dalam F-VE Dolls atau juga dikenali sebagai 5 Dolls, Ayana Jihye-moon berada dalam perhatian umum kerana telah memutuskan untuk memakai tudung.
Gadis ini yang kini pelajar di Universiti Islam Malaysia bukan sahaja cantik tetapi mempunyai fesyen yang sederhana. Termasuk bagaimana cara dia tudung. Buat anda yang memerlukan inspirasi untuk mengenakan tudung Pashmina, anda boleh menyalin gaya Ayana seperti di bawah.
1. Gaya Ayana sangat mudah. Hanya lilitkan pashmina di leher, tanpa memerlukan banyak pin
Foto: Instagram/@xolovelyayana/
2. Jika anda mahu menutup dada, anda boleh menggunakan pashmina yang luas dan pinkan hujung panjang pashmina dengan membiarkan hujungnya menutup dada anda
Foto: Instagram/@xolovelyayana/
3. Ingin kelihatan seorang retis? Anda boleh membuat bentukkan seperti bunga dengan tudung pashmina, hanya bermodalkan jarum
Foto: Instagram/@xolovelyayana/
4. Gaya ini boleh menjadi gaya pilihan anda. Dengan membiarkan sisi panjang pashmina longgar, penampilan anda kelihatan lebih unik
Foto: Instagram/@xolovelyayana/
5. Datang ke acara rasmi, anda boleh mencuba gaya Ayana ini. Hanya buatkan simpulan pada tudung
Foto: Instagram/@xolovelyayana/
6. Gaya santai Ayana ini, anda hanya perlu menggunakan satu pin yang disematkan di atas kepala
Foto: Instagram/@xolovelyayana/Sumber: aliffchanel