Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Di kalangan kaki mancing, nama ular bidar, atau sulur bidar sangat digeruni. Dikatakan makhluk ni boleh telan beberapa pokok besar sekelip mata. Lepas banyak khabar angin, akhirnya seorang pemancing berjaya merakam penampakan makhluk sulur bidar ini.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Skrol ke bawah untul lihat video di hujung artikel
Ular Bidar atau Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan dijumpai di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang.
Sebagai contoh di Tasik Kenyir, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai. Mengikut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih.
Menurut cerita lagi, selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa dan menariknya ke dalam air selama beberapa hari.
Kebiasaannya Sulur Bidar dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada “sesuatu” yang telah memerah atau mengeringkan daun itu.
Berdasarkan cerita orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda dinasihatkan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.
Sementara itu, terdapat cerita tentang seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.
Makhluk bernama Sulur Bidar ini turut mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.
1- Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan terdapat kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.
2- Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar adalah haiwan seperti ular besar pelik yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.
3- Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seakan permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.
4- Sulur Bidar yang dijumpai Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.
5- Sulur Bidar adalah makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.
Jom lihat video penuh di bawah
Secara ringkasnya Sulur Bidar masih kekal sebagai makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?..”
“ Suluh bidar,mahluk mcm permaidani je..tapi dia suka meragut nyawa orang..dekat danau maninjau indonesia pon ada jugak menatang ni bak kata ibu aku..cara dia bunuh orang dia sedut lepas tu dia gulung dalam air..”
“ tahun 1997 aku dan rakan askar 6 org gi pancing dikenyir… 3 org dr kami nampak seekor Ikan relax je naik perhati bot sewa kami. mata Ikan tu je sebesar buah oren…. badannya mungkin saiz tayar Lori 5 tan. Toman ke penunggu ke rosmah ke… kami tak tahu lah Mesti ramai ckp kami bohong …sb dulu hp mahal mana mampu nak beli utk ambik gmbr tp mmg besar sgt Ikan tu sampai jadi seram.. Tak pernah Pegi lagi lepas tu..”
“ Sebulan lepas mak ade citer pasai nie..ia terbentang mcm tikar n menggulung mangsa..xsangak pulak ia perkara betol..engt mk gurau2 jer..”
“ sulur bidar……mcm dongeng je..”
Jom lihat apa pendapat penduduk setempat dan orang ramai tentang misteri ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral
Sumber: khalifahmailonline