Video Penampakan Cahaya Misteri di Kota Belud Sabah. Subhanallah Apakah Petanda Ini.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Video di bawah merupakan sebuah rakaman tentang penampakan cahaya misteri yang dirakam di Kota Belud, Sabah pada malam (20/8/2018).

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Menurut penduduk setempat yang menyaksikan kejadian itu, mereka mendakwa melihat satu cahaya misteri yang bergerak laju di kaki langit sebelum diikuti letupan dan gegaran kuat.

Susulan kejadian tersebut, netizen di laman sosial mengaitkannya dengan kejadian tahi bintang dimana ada di antara penduduk yang mendakwa sempat merakamkan pergerakan cahaya terang di langit dan berkongsi rakaman tersebut di laman sosial.

Baru-baru ini satu berita mengenai bunyi dentuman kuat dan cahaya terang yang menggemparkan penduduk di Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu, yang didakwa sesetengah saksi berpunca daripada hentaman meteor.

Jom lihat video penuh di bawah

Sebentar tadi, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah mengesahkan cahaya terang dan bunyi detuman tersebut sememangnya berpunca daripada meteor, iaitu sejenis batuan angkasa lepas yang memasuki atmosfera Bumi akibat tarikan graviti.

” Pada kebiasaannya, batuan meteor ini berasal daripada serpihan asteroid yang bersaiz lebih kecil iaitu kurang daripada 0.5 meter persegi dan selepas memasuki ruang atmosfera Bumi dengan kelajuan yang tinggi, batuan ini akan bergesel dengan partikel di atmosfera dan akan menghasilkan haba yang menyebabkan ia terbakar dan bercahaya,” jelas kenyataan itu, menjelaskan cahaya terang yang dilihat oleh penduduk tempatan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan laporan orang ramai yang mendengar bunyi detuman kuat, ANGKASA percaya ia mungkin berpunca daripada bantuan panas itu meletup di udara iaitu beberapa saat selepas cahaya itu hilang.

” Hasil daripada letupan terbabit, batuan meteor tersebut akan berkecai menjadi debu atau serpihan kecilyang berkemungkinan akan jatuh ke Bumi,” kenyataan itu lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: IG klip.misteri & sayangsabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *