GADIS INI DI HENTAM NETIZEN SELEPAS MELUAHKAN PERASAAN UNTUK MENIKAH DENGAN SUAMI ORANG

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini Sebab Nya Kenapa Gadis Ini Pilih Untuk Nikah Dengan Suami Orang

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Pertama Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun.

Kedua Bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh(pjj) ok je, kenapa kita tak boleh plak.. kan..

Ketiga Untuk wanita lewat usia.. samada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yg lebih tua dari dia dan baik. Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat.

Keempat Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Hehehe… penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.

Kelima Saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya.Oleh itu, Saya pilih poligami.

#siapa yang belum jumpa manisnya berpoligami#itu tanda masih kurang ilmu.#teruskan belajar 

Antara Komen2 Netizen

Sumber: FB Haryani Ithnen

Hukum Berkahwin dgn Suami Orang Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama | Dato’ Dr MAZA

Kredit Video: Youtube Sinar Kuliah

POLIGAMI : Hukum Dan Sebab-Sebab Diharuskan Poligami.

HUKUM POLIGAMI.

Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3)

Walau bagaimanapun, hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.

Sunat.

Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain; contohnya, beliau tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan beliau mengkehendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Hukum poligami pada ketika ini adalah sunat. Ini kerana, ia mempunyai kebaikan serta maslahat syarak. Ramai kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w berkahwin lebih dari satu.

Makruh.

Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokan hawa nafsu semata-mata dan dia meragui ( syak ) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudharatan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka. Sabda Rasulullah s.a.w :

دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

“ Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu ”.
(Imam an-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syarf an-Nawawi.Hadith riwayat Imam at-Tirmizi daripada Hassan bin Ali r.a dalam bab berkenaan keadaan kiamat dan bab ikatlah ia dan bertawakal.Katanya hadith ini hasan shohih. No. 2520. Dar as-Salam. Cetakan pertama. Tahun 2002.)

Haram.

Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahannya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w :

لا ضرر و لا ضرار

“ Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”
(Ibnu Majah, Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid al-Qazawini. Diriwayatkan Dalam Kitab Hukum-Hakam, Bab Sesiapa Yang Menggunakan Haknya Tetapi Memudaratkan Jirannya.)

Firman Allah s.w.t :

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا

“ Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’: 3.)

Seperkara yang mesti difahami, sekiranya suami mengahwini isteri kedua, ketiga atau keempat dalam dua keadaan terakhir, maka akad tersebut adalah sah. Kesan yang akan menyusul daripada akad tersebut ialah halalnya kehidupan suami isteri di antara mereka, maka wajib memberi mas kahwin dan nafkah sekalipun hukum akad adalah makruh pada keadaan yang kedua dan haram pada keadaan yang ketiga. Haramnya itu hanya mendapat dosa tetapi tidak membatalkan akad nikah tersebut.

SEBAB-SEBAB DIHARUSKAN POLIGAMI.

Setiap ayat Al-Quran yang menetapkan syariat tidak hanya terikat dengan suatu hukum atau peristiwa sahaja. Akan tetapi ia mempunyai skop yang lebih luas dan mengandungi pelbagai hikmah dan rahsia-rahsia yang hanya dapat dijelaskan melalui penjelasan sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan poligami yang terdapat padanya beberapa faktor yang mengharuskannya berdasarkan keterangan dari hadith dan ahli-ahli tafsir yang telah menerangkan secara terperinci sebab-sebab diharuskan poligami. Di sini, penulis akan menerangkan secara ringkas tentang sebab-sebab diharuskan poligami berdasarkan kajian penulis. Diantara sebab-sebab diharuskan poligami ialah :

Mandul.

Isteri yang tidak melahirkan anak merupakan satu fonomena terhadap lelaki yang ingin mendapatkan zuriat ( anak ) yang akan membahagiakannya di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu, maka tiada pilihan buat lelaki selain dua perkara sama ada berkahwin dengan isteri kedua yang akan melahirkan anak-anak yang akan membawa kebahagian dan menjalankan peranan dalam kehidupan dan mendoakan untuknya setelah kematian atau perceraian. Tidak dinafikan bahawa berpoligami adalah lebih utama dan lebih mulia dari perpisahan. Maka, semestinya bagi isteri tidak menghalang cita-cita dan keinginan suaminya untuk menambahkan zuriat dengan isteri kedua. Hal ini lebih mulia dan disukai oleh Allah s.w.t daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dari hubungan zina yang terkutuk. Firman Allah s.w.t :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ).” (Surah al-Isra’ : 32)

Menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman kalimah ( yang membawa kerosakan ) ialah Allah s.w.t melarang dari menghampiri apa-apa jua jalan yang membawa kepada zina, apatah lagi perbuatan zina itu sendiri. Kerana yang demikian itu bukan sahaja satu perbuatan yang keji tetapi juga menimbulkan pelbagai kerosakkan dalam masyarakat. Di antaranya ialah merosakkan nasab keturunan, mengembangkan penyakit berbahaya, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan kerana suami atau waris sudah tentu akan menyerang lelaki yang berzina dengan isterinya atau dengan perempuan yang menjadi darah dagingnya. (Syeikh ‘Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, Cetakan Keenam Belas, 2000.)

Isteri menderita sakit yang berpanjangan.

Adakalanya isteri ditimpa penyakit kronik yang tidak mungkin untuk menjalani kehidupan rumah tangga. Oleh yang demikian, harus bagi suami untuk melakukan poligami bersama isteri kedua kerana syariat membenarkan. Hal ini lebih baik dan mulia daripada suami terjebak dengan maksiat. Kebiasaan isteri yang ditimpa penyakit akan menyebabkan hilang daya tarikannya sehingga suami tidak merasa ghairah untuk menggaulinya. Oleh itu, suami terpaksa mengahwini wanita lain untuk mencegah dirinya dari perbuatan maksiat.

Isteri sukar dididik.

Terdapat juga wanita yang sukar untuk dibentuk dan dididik sikapnya supaya menjadi lebih baik dan positif. Sikapnya yang sering menimbulkan kemarahan suami dan sukar untuk dibentuk tidak mampu diubah walaupun berbagai usaha telah dilaksanakan. Isteri yang taat kepada suami merupakan permata yang sangat bernilai. Perasaan kasih sayang diantara kedua belah pihak dapat membentuk kehidupan rumah tangga yang harmoni dan romantik. Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“ Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka ) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali ( apabila ) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu ( merasai ) benci kepada mereka ( disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya ), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak ( untuk kamu ).” (Surah an-Nisa’ : 19)

Oleh itu, suami perlu memainkan peranan penting untuk mendidik isteri supaya mentaatinya. Manakala isteri pula hendaklah mematuhi dan mentaati suaminya sebaik mungkin supaya kehidupan rumah tangga bahagia dan aman damai.

Suami sentiasa bermusafir.

Kadangkala suami perlu ke luar daerah atau ke luar negeri kerana urusan pekerjaan dan tidak dapat membawa isterinya setiap kali bermusafir. Dorongan nafsu lelaki tidak mampu bersabar dalam perantauannya tanpa isteri di sisi jika mengambil masa yang lama. Untuk menjaga dan menyalurkan keperluan biologinya, maka penulis telah mencadangkan satu alternatif yang baik untuk menghadapi kesulitan ini. Iaitu, mengahwini wanita lain secara sah, sedangkan suami berkemampuan dari segi harta dan kesihatan. Oleh itu, perkahwinan dengan isteri kedua lebih baik daripada melempiaskan kecenderungan seksualnya daripada melakukan perbuatan haram. Isteri perlulah bertolak ansur dalam masalah ini jika suaminya benar-benar memerlukan poligami.

Sumber: Baituljannah

Add Comment