BENGANG TAYAR DIKUNCI , LELAKI MENGAMUK HANCURKAN PENGUNCI TAYAR SENDIRI. NETIZEN SALAHKAN PENGUATKUASA.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kes kunci tayar sememangnya seringkali viral di laman sosial berikutan dengan kes tersebut kerap kali berlaku dan ramai yang tidak puas hati sekiranya kereta mereka dikunci tayar . Namun kadang kadang penguatkuasa juga boleh dianggap seolah olah tidak bertimbangrasa dengan sesetengah pemilik kereta yang menyebabkan sesetengah pemilik kereta mula mengamuk dan dirakamkan sehingga dipanjangkan ke media sosial.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sebuah video viral apabila seorang lelaki yang menaiki kereta mewah berang apabila kereta beliau dikunci oleh penguatkuasa. Kereta beliau dikunci kerana beliau meletakkan kenderaan di luar kawasan parking yang mungkin menjadi penyebab utama kereta beliau dikunci oleh penguatkuasa di tempat kejadian tersebut berlaku.

Lelaki tersebut kemudiannya mengamuk dan cuba memecahkan kunci tayar kenderaan tersebut sambil dirakamkan oleh beberapa orang individu yang melihat kejadian tersebut . Setelah beberapa ketika mencuba akhirnya kunci tayar kenderaan tersebut berjaya dileraikan dan lelaki tersebut telah melempar besi kunci tayar kenderaan tersebut sebelum beredar dari tempat kejadian dalam keadaan yang marah.

Sekiranya dilihat dari segi zahir, jelas menunjukkan bahawa lelaki tersebut berada dalam tempat yang salah namun sebahagian dari netizen berpendapat bahawa lelaki tersebut mungkin mempunyai hal yang amat penting yang menyebabkan beliau bertindak demikian . Netizen juga meluahkan bahawa kebanyakan penguatkuasa yang mengunci tayar kebanyakannya tidak bertimbangrasa dan mereka sering salah guna kuasa sehinggakan mereka kadang kadang menguncu tayar kenderaan walaupun pemilik berada dalam kereta.

Sumber : alerttvmalaysia

Add Comment