Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Bagaimanakah tata cara wudhu yang diajarkan oleh Nabi Agung Muhammad SAW? Di bawah ini terdapat video dan dalil yang shahih mengenai tata cara wudhu yang sempurna.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Untuk video penuh sila lihat di bawah
Hukum Mengambil Wudhu’
Wudhu’ atau mengambil air sembahyang boleh dibahagikan kepada 2 hukum iaitu;
Wajib/ Fardhu
Iaitu semasa hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
Sunat
Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya adalah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.
Syarat Sah Wudhu’
- Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.
- Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.
- Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
- Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.
Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu;
- Islam
- Mumayyiz
- Suci daripada haidh dan nifas
- Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit
- Mengetahui kefardhuan wudhu’
- Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat
- Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’
- Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air
- Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.
- Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’
- Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan
- Muwalat, iaitu berturutan
Anas bin Malik radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa: “Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W sering berwuduk dengan satu mud dan mandi dengan kadar satu so’ hingga kadar lima mud.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Ustaz Syed Shahridzan menunjukkan secara praktikal bagaimana wuduk sempurna boleh dilakukan dengan air yang sangat minimal #menggunakan #sebekas #air. Jemput tonton dan sebarkan.
Dalam Islam, kita digalakkan mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya ibadah kita terutama solat dapat dilakukan dengan sempurna.
Semoga video ini bermanfaat untuk semua yang menonton. Jangan lupa komen dan share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral
Sumber: Nizarazu