SEBABKAN TAK RETI JAGA MULUT TERJATUHNYA TALAK BETUL DEPAN TOK KADI SEJURUS SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bekerja sebagai jurufoto perkahwinan ini memang menyimpan pelbagai pengalaman yang menarik. Terbaru seorang jurufoto berkongsi mengenai peristiwa yang membuatkan beliau dan hadirin majlis raja sehari itu ‘terngaga’ seketika apabila mendengar lafaz talak dari pengantin lelaki yang baru saja selesai akad nikah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Perihal mengenai talak tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan gurauan. Golongan suami perlu berhati-hati dan jangan sesekali membiasakan diri bergurau mengenainya. Terlajak kata, buruk padahnya.

“Mula-mula, dia lafaz “Aku terima nikahnya”. Tetapi ‘Kalau dah jodoh’ bertukar menjadi ‘Kalau dah bodoh’, yang bergurau-gurau tentang perkara talak. kenapa? Kan tak pasal kau ceraikan isteri di depan photographer kau!

“Laki dia bang*ng sangat. Saya fikir dia hanya bergurau. Tetapi dia lupa talak rujuk tak boleh dibawa bergurau. Dia hanya cakap, “Aku talak wife aku takpe”.

“Last-last dia cakap dia tak sengaja, bukan dengan niat. Tetapi imam kata dah jatuh. Tok Kadi kata saksi cukup, jadi talak tetap jatuh.
“Aku dengar dengan clear. Bridemaid terngaga dan terkejut. Mujur talak satu. Kalau kena talak tiga, mamp*s. Menyesal tak sudah dia tadi,” tulis jurufoto berkenaan di Facebooknya.

APA KATA MUFTI

Menurut Mufti Agung Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad, talak yang terjadi sebelum suami meniduri isterinya dikategorikan dalam talak bain shughra, iaitu talak yang membuat suami isteri tidak boleh rujuk kembali kecuali dengan akad baru. SUMBER : THE REPORTER

Sumber: @dylawok

Artikel Lain ..

‘Orang mengandung ini memang menyusahkan ke?’ soal isteri membuatkan suaminya kesal tertunjuk muka

Wanita mengandung melalui pelbagai saringan kesihatan dari awal disahkan hamil sehinggalah ke saat melahirkan anak. Sudah pastinya, banyak masa dihabiskan di klinik sepanjang tempoh kehamilan. Jika bacaan kesihatan normal, wanita hamil tidak perlu gusar tetapi sekiranya bacaan kesihatan tidak menepati seperti yang dikehendaki, wanita hamil perlu berulang-alik ke klinik.

Si suami pastinya menjadi peneman isteri setiap kali membuat pemeriksaan di klinik. Tetapi, jika setiap hari perlu ‘berkampung’ di klinik sudah pasti timbul rasa jemu dan bosan si suami. Wanita yang hamil pula jiwanya sensitif, jiwanya perlu dibelai setiap masa dan ketika.

Sebelum ini, BroOhsem berkongsikan jenis-jenis tudung tak jadi yang menarik perhatian netizen. Kali ini pula, dia berkongsikan kisah isterinya yang mempersoalkan adakah wanita mengandung menyusahkan?

“ORANG mengandung ini memang menyusahkan ke?”

 

Soal isteri kepada saya semalam dengan memegang erat tangan saya. Matanya merah menahan air mata dari berlinangan kerana menganggap dirinya menyusahkan saya dengan kandungannya yang sudah menghampiri 31 minggu.

Ini kerana kelmarin, beliau untuk kali ketiganya menjalani ujian BSP (Blood Sugar Profile). Jadi boleh dikatakan berkampunglah kami di klinik kesihatan untuk mengambil bacaan darah sebanyak 4 kali dalam sehari.

Setelah 2 kali BSP sebelum ini mencatatkan bacaan yang baik, namun kelmarin bacaan pertama pada pukul 8 pagi menunjukkan bacaan 5.3 tahap gula dalam darah. Jika mengikut kadar biasa, bacaan itu adalah baik. Masih di bawah 6.1. Tetapi mungkin orang mengandung ini standardnya berlainan kerana 5.3 pada bacaan pertama hari ujian BSP dianggap sebagai tinggi.

Hasilnya, selepas berjumpa doktor semalam, isteri diarahkan untuk membuat BSP sekali lagi pada hari ini. Agak mengecewakan juga kerana ujian BSP ini 4 kali. Bermakna 3 kali perlu dibuat di klinik kesihatan dan yang terakhir di klinik biasa atau farmasi. Jadi, saya perlu menemaninya lagi dua hari iaitu hari ini (BSP) dan besok untuk berjumpa Doktor sekali lagi. Bayangkan 4 hari berturut-turut ke Klinik Kesihatan yang sememangnya penuh setiap h

Mungkin ternampak sedikit kekesalan di air muka saya semalam yang membuatkan isteri terfikir yang dia menyusahkan saya. Saya akui memang silap saya tertunjuk muka. Selalunya saya memang akan sorok apa juga kepenatan dalam membantu dia.

Saya tidak kesalkan bacaan gula isteri pun sebenarnya. Cuma agak stress dengan keterpaksaan berkunjung ke Klinik Kesihatan 4 hari berturut-turut. Mungkin memang tidak boleh ditangguh lagi ujian BSP itu. Kalau boleh ditunda ke minggu hadapan alangkah baiknya. Kerana 4 hari berturut-turut memang memenatkan. Tapi demi keselamatan baby, saya harus terus positif.

Sehingga hari ini saya cuba menenangkan perasaan dia. Sesungguhnya saya sedar perkara ini harus dilalui oleh kebanyakan orang yang mengandung. Tidak ada istilah menyusahkan sebenarnya. Malah saya yang patut bersyukur kerana isteri sudi bersusah payah dengan sakitnya, loyanya, muntahnya untuk kami menambah zuriat. Tidak ada apa lagi yang sepatutnya saya harapkan dari dia melainkan sentiasa cuba meringankan bebannya.

Kadang-kala saya terlihat ada ibu-ibu yang datang ke klinik kesihatan bersendirian ataupun bersama anak yang masih kecil. Terdetik juga rasa kasihan tetapi saya lebih berasa kagum dengan kekentalan mereka. Semoga semua ibu yang menjalani saat-saat ini dipermudahkan segala urusan.

Doakan juga urusan kami dipermudahkan dan semoga isteri saya Nora Azni dan kandungan sentiasa sihat walafiat. Due adalah pada 20hb Oktober ini. Boleh juga bagi kata-kata semangat kat dia. Nampak sedikit down dari semalam lagi.

Korang pernah kena buat BSP? Serik tak? Pengalaman korang macam mana?

Sumber: Akhtar Syamir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *