Doa Pemanis Wajah. Mari Kita Amalkan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Maksud tersirat di sebalik Doa Pemanis Wajah ialah:

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ingatlah peristiwa ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” (Yusuf: 4)

Kebaikan Ayat Ini:

  • Manis dipandang orang.
  • Wajah menjadi berseri-seri;
  • Selalu disayangi oleh sesiapa sahaja;

Amalkannya, InshaaAllah.

Sumber: TazkirahUstazKazim

Inilah Balasan Kepada Wanita Yang Membiarkan Auratnya Dilihat Oleh Lelaki Ajnabi Dan Wanita Bukan Islam

Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,

1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia.Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki:

Hasil carian imej untuk aurat wanita

1 – ayah kandung

2 – adik beradik lelaki

3 – suami

4 – anak lelaki kandung

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka;

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,

atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur Ayat 31)

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).

2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)

Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

Peristiwa Mi’raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Hasil carian imej untuk aurat wanita

Boleh jelaskan berkenaan berkenaan aurat muslimah dengan perempuan yang bukan Islam?

Jawapan:

Sebelum dibahaskan dengan lebih lanjut berkenaan isu tersebut, dikemukakan di sini beberapa takrifan berkenaan aurat.

Definisi Aurat

Perkataan aurat ialah merujuk kepada apa-apa yang diharamkan untuk didedah daripada anggota badan sama ada lelaki ataupun perempuan. Ia juga ditakrifkan sebagai apa-apa yang wajib ditutupi dan tidak boleh dizahirkan daripada anggota badan. Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat. (Lihat Mughni al-Muhtaj: 1/185)

Pandangan Ulama

Ulama fiqh berbeza pandangan berkenaan aurat perempun muslimah pada pandangan perempuan kafirah, sehinggakan ulama didalam mazhab syafie sendiri juga mempunyai beberapa pandangan.

  1. Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 1/47)
  1. Sebahagian ulama mazhab Syafie berpandangan bahawasanya aurat muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seluruh tubuh yang selain daripada kepala, tangan dan kaki.
  • Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbi melihat kepada perempuan muslimah, tetapi harus dia melihat dari perempuan muslimahapa yang zahir ketika bekerja. (Lihat Tuhfah al-Muhtaj:7/200).
  • Didalam kitab Siraj al-Wahhab, pengarang ada menyebut: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmiy melihat kepada perempuan muslimah, tetapi harus dia melihat dari perempuan muslimah apa yang zahir ketika bekerja.
  • Imam Al-Qalyubi menyebut: Tetapi boleh perempuan kafir zimmi melihat dari perempuan muslimah apa yang zahir ketika bekerja. Inilah yang muktamad, maka perlu diikatkan dengannya akan kalam pengarang. (Lihat Hasyiah Qalyubi Wa ‘Umairah: 3/212)
  • Kata Imam Asy-Syarwani: Aurat muslimah nisbah kepada pandangan wanita kafirah, jika wanita tersebut bukan tuannya dan juga bukan mahramnya, iaitu anggota yang tidak zahir (nampak) pada ketika bekerja. (Lihat Hasyiah al-Syarwani Ala Tuhfah al-Muhtaj: 2/212).
  • Berkata Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari: Perkataanya “Anggota yang zahir ketika bekerja” iaitu muka, kepala, tangan hingga siku dan kaki hingga lutut. (Lihat Asna al-Matalib: 14/280)

Kesimpulan

Aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah menurut pandangan majoriti ulama fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Manakala menurut pandangan sebahagian ulama Mazhab Syafie, termasuk sebahagian ulama terkemudian Mazhab Syafie bahawa aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah selain kepala, tangan dan kaki.

Kami berpendapat dalam isu seperti ini, pengawalan dan penjagaan aurat adalah amat penting tetapi dalam keadaan tertentu, jika sesama perempuan sekalipun perempuan bukan Islam maka ia adalah harus dengan syarat tidak membawa fitnah dan menjatuhkan maruah wanita Muslimah. Ini kerana keadaan realiti kehidupan kini begitu berbeza dengan zaman dahulu. Justeru, meraikan keadaan semasa yang bersifat realiti perlulah diambilkira.

https://youtu.be/UW3crWmPOcs

Sumber: youtube Rasyiqul Chanel

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *