5 cara semula jadi yang perlu diamalkan oleh perokok tegar untuk kurangkan ketagihan nikotin

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Terdapat banyak kempen telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya merokok.  Merokok bukan sahaja memudaratkan perokok tetapi boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Walaupun kesan buruk merokok telah di ketahui ramai namun, bilangan perokok di seluruh dunia tidak melihatkan banyak penurunan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Pasti ramai perokok mahu berhenti merokok, tetapi bagi perokok tegar adalah sangat sukar bagi mereka untuk berhenti merokok. Ini kerana nikotin sudah menjadi sebati dalam tubuh badan.

Namun, bagi perokok tegar anda boleh amalkan cara semula jadi ini untuk mengurangkan ketagihan nikotin malah boleh menghilangkan terus ketagihan tersebut jika anda amalkannya dengan disiplin.

#1. Halia.

Kredit foto: wanista

Salah satu simptom berhenti merokok adalah loya. Halia dipercayai dapat mengurangkan rasa loya. Hanya masukkan beberapa hirisan halia ke dalam teh atau air suam dan minum. Ia juga akan membuat anda tidak rasa untuk merokok.

#2. Ginseng.

Kredit foto: lifehack

Jika anda ingin memerangi keinginan merokok, maka ginseng mungkin boleh membantu anda. Anda boleh masukkan kira-kira satu sudu serbuk ginseng pada jus, bijirin, oat atau sup anda. Lebih baik mengambilnya pada waktu pagi kerana ia boleh melawan keinginan merokok sepanjang hari. Jika anda mendapati bahawa ia tidak mencukupi untuk melawan keinginan merokok anda, maka anda boleh meningkatkan dos atau mengambilnya dengan lebih kerap.

#3. Jus anggur.

Kredit foto: vemale

Perkara yang penting untuk menghilangkan ketagihan adalah dengan menyingkirkan toksin daripada badan anda. Nikotin adalah salah satu daripada toksin ini, dan sebaik sahaja ia disingkirkan sepenuhnya, anda tidak sepatutnya mengalami sebarang ketagihan. Meningkatkan pengambilan air adalah cara baik untuk melakukannya, ia lebih cepat jika anda meminum jus anggur setiap hari. Asid dalam jus adalah detoksif semulajadi dan mereka akan meremajakan sistem anda dan membersihkan toksin dengan lebih cepat.

#4. Vitamin.

Kredit foto: MD-Health

Multivitamin, terutama yang mengandungi Vitamin A, C, dan E sangat baik untuk membaiki badan anda dan memberikannya nutrien penting yang diperlukan untuk mengeluarkan toksin. Vitamin mengembalikan semula sistem anda dan memberi anda kekuatan untuk melawan ketagihan merokok.

#5 Air.

Kredit foto: piespower

Sebab mengapa nikotin menyebabkan anda ketagihan adalah kerana ia meresap ke dalam tubuh badan anda dan menjadi toksin. Ia masuk ke dalam sistem anda dan sangat sukar untuk disingkirkan. Air adalah penyahtoksik semulajadi. Ia akan membersihkan sistem anda dengan lebih baik. Tubuh badan anda memerlukan air untuk mengatasi kesan berbahaya tembakau dan nikotin.

Ketika anda meninggalkan tabiat merokok, tubuh anda akan sembuh dengan sendirinya dan mula menyahtoksifikasi, tetapi air memberi rangsangan tambahan, dan mempercepat proses, membantu anda melawan ketagihan merokok.

Sumber: vapingdaily

Era Baru

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *