Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kami ingin kongsikan kepada anda senjata yang paling utama dan berkuasa bagi umat islam lebih-lebih lagi untuk seorang insan yang dianugerahkan gelaran ibu. Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.
Yang penting apa?
Ikhlas.
Berharap.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19:
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud: “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Sumber: HarakahDaily