Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebuah hutan hujan di tengah-tengah Amazon telah menemukan sebuah sungai termal terbesar di dunia yang mencecah 80 kaki pada titik terluas dengan 16 kaki dalam.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sungai ini diberi nama ‘Sungai Mendidih’ kerana suhu melampaunya yang dianggap luar biasa berada dipermukaan bumi. Andres Ruzo, ahli geofizik telah memutuskan untuk ‘menyiasat’ sungai ini yang dikatakan mampu membunuh apa saja yang jatuh kedalamnya.
“Datuk saya pernah menceritakan kisah sungai mendidih ini yang dikatakan mempunyai penjaga yang digelar ‘Yacumama’ iaitu roh ular gergasi yang melahirkan air sejuk dan panas.
“Datuk saya merupakan seorang tentera Sepanyol yang pergi ke Sungai Amazon untuk mencari emas, pada ketika itu kecoh apabila ada yang bercerita bahawa di pedalaman Sungai Amazon itu terdapat air yang beracun, orang yang makan ular dan juga sungai yang mendidih.”
12 tahun kemudian, rasa ingin tahu Ruzo membuatkannya ingin membuktikan kewujudan sungai tersebut. Perjalanannya ke sana perlu merentasi beberapa Sungai dan meredah hulu.
“Dari Lima, seseorang perlu mengambil pesawat ke bandar Pucallpa selama 1 jam, setelah itu perjalanan perlu diteruskan menggunakan pancuan empat roda untuk sampai ke Sungai Pachitea yang dianggarkan selama 2 jam. Sungai Pachitea merupakan cabang Sungai Amazon selebar 300 meter.”
“Dari Pachitea, perjalanan diteruskan dengan perahu meredah hulu selama 30 minit lagi.”
Ruzo akhirnya berjaya menemukan sungai yang mempunyai kelebaran 25 meter dan enam meter dalam itu yang menjadi tempat suci masyarakat pribumi yang mendiami kawasan Mayantuyacu.
“Tangan saya akan melecur jika saya mencelup tangan di dalam sungai itu tidak sampai setengah saat dan jika terjatuh ke dalamnya, saya akan mati.”
“Kejadian sungai mendidih ini secara santifiknya sama seperti manusia dimana mansuia memiliki darah yang mengalir melalui pembuluh vena dan arteri, begitu juga dengan Bumi yang memiliki air yang panas mengalir melalui retakan dan rekahan.”
“Disitulah arteri Bumi muncul ke permukaan sehingga kita dapat merasai kepanasan Bumi ini melalui Sungai Mendidih.”
Penyukat suhu sungai hilir sehingga ke hentian terakhir Mayantuyacu, meningkat dari 27 Celsius sehingga ke 100 darjah Celsius! Dikatakan sesiapa atau apa saja yang terjatuh ke dalam sungai ini akan mati kepanasan dan kalau pun ada yang terselamat, ia pasti mengalami kesan lecur atau terbakar tahap tiga.
Sungai ini kini dijaga oleh seorang dukun tempatan yang menganggap sungai itu adalah amanah kepada mereka dan harus dijaga daripada anasir luar.
Sumber: National Geographic via lubukmaklumat