Adakah Perkataan Yang Terlintas Dalam Hati Kita Dari Kita Sendiri,malaikat Atau Syaitan?

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Di dalam diri setiap anak Adam ada 2 makhluk Allah SWT yang sentiasa bisikkan kebaikan dan bisikkan kejahatan. Malaikat sentiasa bisikkan kebaikan supaya mentaati Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT. Syaitan pula atau qarin yang ada pada diri manusia cuba bisikkan kejahatan, suruh buat maksiat, dosa dan pekerjaan yang dilarang oleh agama.Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : ‘Walaupun kamu Ya Rasulullah?’, Baginda menjawab : ‘Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau – mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik” (Hadis Riwayat Muslim)

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.
Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : ( Syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: ‘Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong’. (Allah berfirman) : ‘Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu.’. Keputusan-Ku tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku.”
(Surah Qaf ayat 27-29)

Menurut Ibn Kathir rh, ayat “(qarin) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : “Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada ‘syaitan’ yang ditugaskan berdamping dengannya”.

Disifatkan bahawa qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Ibrahim ayat 22)

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah S.W.T. mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. [Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim – Umdah al-Tafsir ‘an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa’ 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir]

Satu persoalan yang timbul, adakah qarin Nabi S.A.W. juga seperti qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Nabi S.A.W telah megislamkan qarinnya.
Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An’am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.”

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:”Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan aku pun. Akan tetapi Allah menolong aku daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.”

Apabila hati kita sentuasa berzikir kepada Allah SWT maka malaikat yang akan hadir dan membisikan kebaikan-kebaikan. Tetapi bila hati ini penuh dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, iri hai, sombong, takbur maka yang akan datang adalah syaitan untuk menyuruh kepada kejahatan. Oleh itu banyakkan berzikir dan ingat pada Allah SWT nescaya hati kita akan bersih dan bercahaya dan akan terdorong untuk melakukan kebaikan.

Sumber: IslamikInfo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *