Gadis Ini Kongsi Cara Main “Kutu” Untuk Diri Sendiri Melalui Maybank

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

SIMPANAN “KUTU” DIRI SENDIRI

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan.

Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online. Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat.

FLEXI SAVER PLAN

Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lumpsum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?

Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016.

Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah caranya (boleh juga rujuk gambar di bawah artikel ini)

  1. Login akaun Maybank anda seperti biasa
  2. Klik pada Accounts & Banking
  3. Klik Personal Saver Account
  4. Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
  5. Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
  6. Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
  7. Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan

LIHAT CONTOH DI BAWAH

  • Disember 2015 : RM150/bulan (12 bulan)
  • Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun.
  • RM150 x 12 = RM1,800
  • Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.
  • Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya.
  • Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.

Semoga tips ini dapat membantu anda menyimpan.

Nota Kaki:

Kalau belum ada lagi akaun Maybank, cakap nak buka akaun Personal Saver. Initial RM10. Baki minimun RM1. Then baru boleh guna Flexi Saver Plan. Kalau dah ada (yang “Kawanku” atau tengok kat M2U takde function ni), pergi ke Maybank untuk convert je yang ada sekarang ke Personal Saver.Baca lagi kat sini : http://www.maybank2u.com.my/WebBank/m1acc_PerSaver300312.pdf

Kredit :
– Norlaila Ahmad
– SisiAzie Hassan

sumber: mynewsviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *