Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebelum itu, kita lihat kenapa ahli running man datang ke Malaysia, di cj wow shop.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Rangkaian beli belah terbesar Malaysia, CJ WOW SHOP kali ini menyajikan penonton Malaysia dengan Sales King TV iaitu program hiburan aneka ragam serta jualan menerusi siaran langsung di kaca TV anda.
Dan apa yang menariknya ialah, program ini bakal disiarkan buat pertama kalinya dalam segmen-segmen CJ WOW SHOP dan akan memaparkan empat selebriti Korea yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat-peminat mereka. Wakil Running Man seperti Ji Suk-Jin dan Yang Se-chan akan menghangatkan Sales King TV pada Sabtu ini! Make sure jangan ketinggalan okay!
Bukan itu sahaja, Sales King TV turut menampilkan dua lagi artis terkemuka Korea untuk sama-sama memeriahkan jualan di saluran CJ WOW SHOP seperti, JeA dari Kumpulan Brown Eyed Girls, serta Sung-Jong dari Kumpulan Kpop INFINITE.
Selebriti Korea ini akan dibantu oleh pakar beli belah terbaik CJ WOW SHOP seperti Zaim Helmi, Jimmy Shanley, Lily Liyana, Fiza Saad, Shinkong, Kah Chee dan Pauline. Mereka akan bersama-sama berkongsi bagaimana cara menjual secara langsung di kaca TV. Dan, selain menampilkan idola Kpop korang ni, CJ WOW SHOP juga akan menawarkan pelbagai promosi eksklusif barangan bermutu tinggi seperti Dr Dental Care, Yufit V Care Lifting Mask dan makanan pilihan masyarakat Korea, Spicy Samyang! Daebak!
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun berkata, pihaknya akan sentiasa membawakan yang terbaik dalam memberi pengalaman beli-belah dan hiburan yang akan membuatkan rakyat Malaysia teruja untuk membeli barangan secara atas talian.
“Kami menggandakan komitmen ini menerusi Sales King TV demi menyuntik nafas baru dan memberi pengalaman jualan beli-belah di TV yang pastinya akan mengujakan semua penonton dan peminat. Dengan memanfaatkan kepopularan K-Pop buat kali pertama, Sales King TV akan meletakkan CJ WOW SHOP sebagai platform media sensasi. Kerjasama ini dilancarkan berikutan kejayaan besar kempen Wanna One kami. Kami berharap program ini akan memberikan inspirasi untuk menjalin lebih banyak gandingan sedemikian, di samping menjadikan Malaysia sebagai pasaran utama bagi pelbagai produk dari Korea.” Tambahnya
Kerika cameraman cj wow shop saudara Fikri membaca doa, mereka turut menghormati seperti membaca doa. Lihat video dibawah.
Dalam happening mereka masih lagi menghormati adat budaya malaysia.
Sumber : Erni Eliani, Xtra
Team CJ Wow Shop