Rupa-Rupanya Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Berdiri. Sangat Bahaya Kesannya Kepada Lelaki

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kencing atau bahasa halusnya buang air kecil ini bukanlah suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan betul dan beradab.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana beliau berkata,“Siapa yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW kencing sambil berdiri, jangan dibenarkan. Beliau tidak pernah kencing sambil berdiri.”

Dari Aisyah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara perubatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat kepada sebahagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis terpancut ketika kencing sambil berdiri, apabila hal ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana keadaan tempat dan waktu yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunnah dan kesihatan. Orang terdahulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis keluar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air secara mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong kecil dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tak habis terpancut. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda biasa meneliti sisa air kencing yang tak dibersihkan dalam kamar mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan anda?? Hal ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelain selain dari penyebab batu karang.

Sesungguhnya banyak siksa kubur dikeranakan kencing maka bersihkanlah dirimu dari (percikan dan bekas) kencing. (HR. Al Bazzaar dan Ath-Thahawi) Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.

Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Demikian hikmahnya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Salam melarang kencing berdiri.Sehingga Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasalam sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di kamar mandi berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasalam:

1. Buang air secara mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat). Agar kotoran boleh keluar segera sehingga tidak menjadi penyebab kencing batu maupun lemah syahwat.

2. Menggunakan alas kaki. Menurut penelitian di Amerika di dalam bilik mandi ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui telapak kaki orang yang ada di bilik mandi tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, kabur semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik mandi, jangan di dalam bilik mandi, kerana semakin kotor, lembab dan tak mengenai saranan kebersihan.

3. Masuk bilik mandi dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan. Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk bilik mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

4. Beristinja’ dengan air dan dengan tangan kiri. Beristinja’ (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinja’ juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.

5. Jangan merancang/merencanakan sesuatu di bilik mandi. Nabi sangat melarang merencanakan atau membuat suatu rencana/idea/inspirasi di dalam bilik mandi, kerana bilik mandi adalah markasnya syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik mandi:

“Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”. Kerana dikhuatirkan rencana/idea/inspirasi yang didapat berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudharat/keburukannya.

6. Begitu juga setelah keluar bilik mandi, baca istighfar dan doa keluar bilik mandi. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, masa sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merencanakan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang lain.

Disunnahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik mandi apabila hajat sudah selesai, bukan bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau Quran.

Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi qiblat, apabila lubang bilik mandi menghadap qiblat hendaknya ketika buang air badan agak diserongkan sedikit.

Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik mandi maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik mandi beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

SUMBER : KHALIDAABDULLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *