[VIDEO] Nadzmi Nyanyi Lagu Favourite Ardell, Peminat Doa Lekas Kahwin.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

PELAKON Ardell Aryana tidak menolak jika sudah tertulis jodohnya akan berkahwin dengan pelakon Nadzmi Adhwa.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berkata hubungan dia dan Nadzmi mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.

Namun menurut Ardell, hubungan tersebut sehingga kini tidak lebih sebagai kawan baik yang berkongsi masalah dan minat yang sama.

“Saya tidak akan cakap tidak atau mengiyakan jodoh saya dengan Nadzmi. Tapi saya tidak menolak kalau dah tertulis takdir kami akan berkahwin.

“Kami berdua dah berkawan baik sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama berlakon dalam drama Namaku Bedah.

Ardell  dan Nadzmi berkawan baik sejak tiga tahun lalu.

“Sampailah sekarang ini, saya dan dia masih berkawan rapat. Kawan yang selalu berkongsi masalah dan minat yang sama iaitu bermain bola sepak,” kata Ardell kepada mStar Online.

Pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini diminta mengulas pertanyaan netizen mengenai hubungan dia dan Nadzmi yang dilihat kerap meluangkan masa bersama.

Malah, baru-baru ini Nadzmi ada membuat Instagram secara langsung (live) bersama Ardell dan membuatkan peminatnya meminta mereka untuk berkahwin.

Kata Ardell, dia banyak meluangkan masa bersama pelakon drama Hati Perempuan itu disebabkan mereka akan menjadi rakan kongsi perniagaan tudungnya, Alwadellhijab.

“Perniagaan tudung saya baru saja beroperasi tiga bulan lalu menerusi jualan secara talian. Tiba-tiba Nadzmi cakap dia nak jadi rakan kongsi saya.

 

Penampilan Ardell  yang dikatakan seperti makcik.

“Dia pula banyak idea-idea yang bagus dalam perniagaan ini dan saya pun okey saja. Sebab itu kami banyak meluangkan masa bersama untuk bincang tentang perniagaan tudung Alwadellhijab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ardell memberitahu dia memakai tudung jenis bawal kerana keselesaan serta anak tudungnya ke hadapan disebabkan ingin menutupi rambutnya dan bukanlah kerana ingin dilihat seperti makcik-makcik.

“Pin tudung saya selalu hilang sebab itu saya lebih selesa pakai tudung bawal yang tidak memerlukan pin untuk lilitan yang banyak.

“Saya pakai anak tudung ke depan sebab nak tutup anak rambut yang banyak. Bukan saya sengaja pakai itu nak nampak macam makcik,” katanya.

Semalam Nazmi Adwha telah memuat naik video artis itu yang menyanyikan lagu kesukaan Ardell dan mendapat reaksi yang baik dari netizen

VIDEO :

Rata-rata netizen mendoakan semoga mereka sehingga ke jinjang pelamin dan turut mendoakan kesihatan Ardell.

Komen netizen :

Aaa jodohhhh

Semoga cepat sembuh

 

Tak lama kahwin lah korang ni…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : IG Nazmi Adhwa via Mstar

Sumber: beritasteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *