Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Inilah makanan dan minuman para jin.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Ada beberapa benda yang menjadi makanan kepada bangsa jin ini:
1.Makanan yang Dimakan Tanpa Menyebut Nama Allah
Dari Sa’id bin Jubair yangmeriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “iblis pernah bertanya kepada Allah Ta’ala, ” Ya Allah, semua makhluk telah kau berikan rezeki. Dimanakah rezeki untukku?”. Lalu Allah menjawab,“Di dalam makanan yang tidak disebutkan nama-Ku“. (H.R. Adh-Dhiya)’
2. Tulang dari binatang yang disembelih dengan menyebut nama Allah.
Rasulullah pernah bersabda” janganlah kalian beristinja (membersihkan kotoran pada dubur) dengan kotoran dan jangan pula dengan menggunakan tulang belulang kerana kedua-duanya merupakan makanan saudara kalian di kalangan jin. Hadith riwayat Tirmidzi.
3. Najis haiwan
dari Ibn Mas’ud bahawa para jin pernah datang kepada nabi SAW dan meminta kepada baginda makanan yang halal. Lalu nabi SAW bersabda kepada mereka, “makanan halal bagi kalian ialah tulang belulang yang disembelih dengan menyebut nama Allah.”jika tulang itu kalian ambil maka ia akan dipenuhi dengan daging. Manakala kotoran haiwan pula akan menjadi makanan pada binatang peliharaan kalian”(Hadith Riwayat Muslim)
3) Makanan biasa yang dimakan oleh manusia kerana jin juga turut makan bersama kita.
Rasulullah Saw juga telah bersabda, ertinya – Jika antara kalian tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan akan memanggil semua teman-temannya lalu makan bersamanya” (H.R Muslim).
4. Makanan haram
Haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah. Sebagaimana Umat Islam dilarang untuk memakan benda haram, Jin muslim juga dilarang. Makanan yang haram juga makanan jin-jin kafir. Arak juga makanan syaitan dan jin kafir.
5. Asap
Video:
video 2:
Sumber: via islamik info u-tube lambenyo nyor